Sekiranya anda seorang yang pernah berharap tahun 2020 merupakan tahun dimana pengangkutan awam terdiri daripada kereta terbang, anda mungkin tidak keseorangan. Malah, Uber pada minggu ini telah menandatangani perjanjian bersama NASA untuk menawarkan servis UberAir.

Destinasi pertama yang menjadi pilihan Uber adalah Los Angelas dan bakal diikuti dengan Dallas. Melalui perjanjian yang dibuat, NASA bersama beberapa syarikat lain bakal menggalas tanggungjawab untuk menawarkan kapal terbang elektrik khusus untuk kegunaan para pengguna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Uber selaku syarikat yang popular dengan aplikasi pengangkutan bakal menjalankan operasi yang sama seperti sebelum ini meliputi pembahagian komisen serta cas harga berpatutan buat para penumpang.

Mengapa 2020?

Nasa_Uber

Berdasarkan laporan tahun 2020 dipilih bagi membolehkan Uber bersama NASA mempersiapkan beberapa perkara. Penyediaan kapal terbang elektrik yang mencukupi serta sistem trafik diudara antara yang bakal diusahakan buat kedua-dua syarikat gergasi ini.

Langkah yang dibuat ini juga boleh dikatakan langkah awal Uber sebelum memperkenalkan teknologi terbaru bagi membolehkan penumpang bergerak tanpa perlu berharap kepada juruterbang. Teknologi yang sama diusahakan melalui teknologi swapandu buat kereta.

Adakah UberAir akan tiba di Malaysia? Mungkin terlalu awal untuk meramal memandangkan masih banyak ujian yang perlu dilakukan sebelum dilancarkan secara rasmi. Malah, pihak Uber turut berharap UberAir bakal menjadi salah satu pengangkutan rasmi menjelang Olimpik 2028 yang berlangsung di Los Angelas, California.