Bukan sahaja aplikasi e-hailing Uber yang tersingkir dari pasaran Malaysia kini aplikasi tempahan makanan dalam talian, UberEats juga digantikan dengan GrabFood.

Pengumuman penamatan perkhidmatan ini telah dikemukakan ketika pengambil-alihan Uber oleh Grab Mac lepas. Bermula hari ini jika anda log masuk ke UberEats anda akan menerima notifikasi yang meminta anda untuk memesan makanan melalui GrabFood.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

UberEats

Namun begitu, review pengguna di Google Play menunjukkan ralat pada aplikasi GrabFood. Antara aduan yang dikemukakan ialah kelewatan lebih sejam untuk pesanan yang dibuat dan juga proses pembayaran yang ralat.

Bagi mengatasi masalah ini, pengguna boleh mencuba perkhidmatan pesanan makanan dalam talian yang lain seperti Foodpanda atau LAUK.