Agak jarang untuk melihat watak kartun kegemaran ramai, Spongebob Squarepants berpakaian selain daripada uniform kerja Krusty Krab. Begitu juga Patrick yang lebih selesa untuk berseluar pendek tanpa baju.

Namun, semalam Spongebob dan Patrick tampil berbeza apabila berpakaian baju Melayu lengkap bersampin untuk ucap salam Ramadan kepada semua peminat siri berkenaan yang beragama Islam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkongsian berkenaan yang sebenarnya simple sahaja telah meletup di Facebook dan Twitter terutamanya untuk penduduk di Malaysia dan Asia Tenggara. Ada yang terharu dengan effort Nickelodeon untuk menyampaikan ucapan dengan menghasilkan persalinan yang tepat buat Spongebob dan Patrick.

Jarang untuk melihat sesuatu produksi luar menekankan aspek kebudayaan yang teliti terutamanya untuk negara Malaysia. Apabila watak kartun ikonik seperti Spongebob yang mengenakannya, pasti menimbulkan keterujaan buat peminat di Malaysia khususnya.

Apa pun, walaupun ucapannya ringkas tetapi sampai ke hati peminat Spongebob di seleruh dunia. Kami jangka baju Melayu warna maroon dan hijau ini akan jadi warna favourite untuk digayakan Hari Raya nanti. Selamat berpuasa semua!

Terbaru, karya One Punch Man dikatakan bakal menjadi siri anime terbaru menerima karya live-action oleh Sony Pictures. Baca lagi pada pautan di bawah.

Sony Pictures Dalam Perancangan Hasilkan Filem ‘Live-Action’ One Punch Man

Pengasas ‘SpongeBob SquarePants’ Stephen Hillenburg Meninggal Dunia

Rumah Spongebob Squarepants Wujud Dan Anda Kini Boleh Menyewanya