Semenjak pagi tadi peminat karya Marvel di seluruh dunia dikejutkan dengan pemergian pelukis lagenda watak Marvel, Stan Lee pada usia 95 tahun.

Bukan sahaja peminat dan beberapa barisan pelakon turut tampil mengucapkan takziah malah pesaing terdekat DC Comics juga nampaknya melupakan seketika ‘persengketaan’ dengan Marvel apabila pihak tersebut mengucapkan takziah atas pemergian Stan Lee.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Umum mengetahui mengenai perseteruan di antara dua syarikat besar tersebut mengenai kehebatan superhero masing-masing tetapi ternyata hubungan mendiang Stan Lee dengan pihak DC Comics berada dalam keadaan yang amat baik. Buktinya mendiang sempat membuat cameo di dalam salah satu karya DC iaitu Teen Titans Go! To the Movies baru-baru ini.

Atas dasar hormat kedua-dua syarikat besar ini melupakan ‘persengketaan’ dan bersama-sama menangisi pemergian mendiang Stan Lee.

Baca lagi: Lihat Semua Penampilan Khas Stan Lee Dalam Marvel Universe