“Ada MASA ke? Nak uruskan rumahtangga, anak-anak, kerja pejabat, siap buat bisnes part time pulak tu lagi?”

Soalan paling popular yang selalu isteri saya terima dari kawan-kawan, rakan pejabat, keluarga, malah dari regular customer yang sebelum ini menganggap isteri saya seorang surirumah sepenuh masa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Biasanya apa yang isteri saya buat bila terima soalan macam tu cuma senyum. Saya tahu agak susah untuk dia menjawab soalan tu dalam satu perbualan kasual. Panjang pulak ceritanya nanti.

Mungkin dulu, kita selalu dengar cerita ibu-ibu dengan ramai anak, membesarkan semua anaknya dengan hasil bisnes kecil-kecilan, menjual nasi lemak dan sebagainya. Tapi di zaman ibu bapa gen-y ni semakin jarang kita dengar kisah-kisah sebegini.

Biarlah cerita ini mengambarkan kepada semua bagaimana hebatnya isteri saya, sekurang-sekurangnya di mata saya, dan InsyaAllah di mata anak-anak saya nanti.

Ini kisah Mashitah Yashah, si SuperMom. Semoga memberi inspirasi.

13765771_1783308191950813_3567490109520028894_o

Seorang Design Engineer pada siangnya, Ibu kepada dua cahaya mata, si kakak Mayesa Zulaikha, 2 tahun 5 bulan, si adik Madiha Zulaikha, 1 tahun 3 bulan, founder kepada Mushybites Cheesetart homebakery pada malamnya serta pada hujung minggu.

Kami hanya tinggal berempat, tanpa pembantu. On paper memang nampak sukar. Hakikatnya memang sangat sukar :)

Tapi mungkin kerana senyuman dan lagaknya yang ‘cool’, tak pandai merungut dan sentiasa positif, membuatkan segalanya nampak macam mudah dan ‘effortless’, maka ramai kawan dan saudara-mara menggelarnya SuperMom.

Mengenalnya sejak zaman universiti lagi, saya dah tahu wanita ini memang kuat. Sifat kental yang diwarisi dari ibunya menjadikan dia tulang belakang keluarganya walaupun umurnya masih muda. Alhamdulillah, 5 tahun selepas perkenalan, dia menjadi tulang belakang keluarga kami pula, selain menjadi tulang rusuk saya cia cia cia. Eh.

Membesarkan dua anak kecil dan agak rapat umurnya bukan satu perkara yang mudah. Kalau seorang pun rumah dah macam kapal pecah. Dua orang macam dilanda tsunami.

13612145_1783308161950816_2028050319219146894_n

SuperMom ini bukan saja kental, malah sikap ‘tak reti duduk diam’, dicampur pula dengan hobi memasak & baking. Selepas berkahwin, saya dan anak-anak menjadi mangsa digemukkan secara rela, dek kerana disuapkan dengan makanan & dessert yang awesome tak kira masa. Bila suami dan anak-anak dah gemuk, rakan ofis pulak dijadikan mangsa.

Idea homebakery datang pada suatu hari bila makin lama makin ramai pulak rakan-rakan pejabat yang submit order biarpun kami tak berniat nak menjual. Disitu titik mula bermulanya karier kedua SuperMom ini. Lagipun kami memang ada cita-cita nak besarkan anak-anak dalam suasana bisnes.

Pelbagai cabaran dihadapi bila adakalanya masa dan tenaga tak mengizinkan. Bila sibuk di ofis, ada large order keesokkan harinya, balik rumah anak-anak pulak clingy nak melekat jer. Tapi Alhamdulillah urusan kami selalu dipermudahkan olehNya, mungkin kerana ikhlasnya SuperMom ini menyiapkan order, biarpun letih mental dan fizikal, mungkin kerana ikhlasnya dia dalam membantu suami dan keluarga.

Saya sering doakan segala kekuatan isteri saya akan diwarisi oleh dua puteri kami. Mayesa dan Madiha kena jadi kuat dan power tau, macam Ibu. Tak putus asa, rajin, jujur, sentiasa cool dan positif. Jadi SuperMom macam Ibu.

13781926_1783308118617487_8197457732726886754_n

Hari ini, 25 July 2016, harijadi SuperMom ini yang ke 27. Terima kasih atas segalanya.

Selamat Hari Jadi sayang.

From your
Bestest friend,
Life partner,
Parenting partner,
Business partner,
Xoul Zulhilmi Ariff