Pengurus Arsenal Mikel Arteta telah diuji positif wabak COVID-19 awal pagi tadi, menurut kenyataan di laman web rasmi kelab itu. Manakala beberapa hari lalu, Rugani, 25 tahun, pemain Juventus turut disahkan mengidap wabak sama yang berasal dari Wuhan, China.

Sebelum ini beberapa perlawanan Liga Europa dan Liga Juara-Juara telah dimainkan di hadapan stadium kosong setelah pihak UEFA mengambil langkah berjaga-jaga selepas Itali, Perancis dan beberapa lagi negara Eropah diserang teruk dengan COVID-19.

BeFunky-collage-15
HYPE
Sedap Dan Berkhasiat, Ini Cara Untuk Belanja ‘Si Meowy’ Anda Me-O Cat Lick Secara Percuma
Baca lagi →

Terbaharu, dalam satu kenyataan yang dibuat oleh pihak UEFA, mereka telah mengesahkan bahawa segala perlawanan minggu depan melibatkan aksi Liga Juara-Juara dan Liga Europa bakal ditangguhkan.

“Ini termasuk baki perlawanan Liga Juara-Juara, Pusingan 16 bagi perlawanan kedua yang dijadualkan pada 17 dan 18 Mac 2020 ; Liga Europa, Pusingan 16 bagi perlawanan kedua yang dijadualkan pada 19 Mac 2020.” Kata kenyataan tersebut.

UEFA juga akan memberi maklum balas dalam masa terdekat bila perlawanan ini akan bersambung kembali. Kesan daripada penangguhan ini juga menyaksikan perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara dan Liga Europa yang dijadualkan berlangsung pada 20 Mac turut ditangguhkan.

UEFA dilaporkan telah memanggil 55 wakil anggotanya, bersama-sama dengan lembaga Persatuan Kelab Eropah dan Liga Eropah dan wakil FIFPro bagi membincangkan situasi semasa melibatkan jadual bola sepak dan wabak ini.

Beberapa hari lalu, Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) telah mengklasifikasikan wabak ini sebagai pandemik selepas lebih 100,000 orang dikesan positif wabak ini di seluruh dunia.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, sila klik pautan di bawah.

China Tuduh Amerika Syarikat Punca Tersebarnya COVID-19 Di Wuhan

‘Rahsia’ Makanan Berusia 1,000 Tahun Lalu Kembali Popular Gara-Gara COVID-19

Indonesia Tidak Tahu Punca Kematian Pesakit Disebabkan COVID-19 Atau Penyakit Lain

Anda Mungkin Suka