Hanya beberapa jam selepas UFC 200 yang berlangsung hujung minggu lalu, Ultimate Fighting Championship (UFC) telah dijual dengan harga USD 4 billion menjadikannya jualan paling mahal di dunia untuk sesebuah franchise sukan. UFC kini berpindah hak milik kepada syarikat WME-IMG.

Spokesperson untuk UFC, Dana White menyatakan pengambilalihan UFC kepada syarikat baharu itu nanti tidak akan menjejaskan UFC dan peminat sukan itu tidak perlu risau. “Sukan ini akan pergi ke level yang lebih baik,” kata Dana.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

WME-IMG co-CEO, Ari Emanuel dan Patrick Whitesell berkata mereka sangat teruja dengan pembelian franchise UFC berkenaan. “Saban tahun sukan ini menarik lebih ramai atlet. Ianya sangat menyeronokkan apabila melihat sesebuah organisasi itu berkembang dengan baik dalam sedekad yang lalu di bawah kendalian adik-beradik Fertitta, Dana White dan pasukan di belakang mereka. Kami akan terus komited untuk membawa sukan ini menjadi lebih besar dan mendapat kejayaan di peringkat global pula,” tambah Ari.

Lorenzo dan Frank Fertitta bersama Dana White
Lorenzo dan Frank Fertitta bersama Dana White

Lorenzo dan Frank Fertitta yang mempunyai 80% saham dalam UFC (Dana White pula mempunyai 9% saham syarikat) mengambil alih organisasi UFC pada tahun 2000 dengan harga USD2 juta dan mereka jual UFC pada tahun 2016 dengan USD4 billion. Tawaran yang dibuat adalah satu tawaran yang tidak dapat mereka tolak. Dana White akan kekal bersama UFC dan diberi peratusan baru manakala adik-beradik Fertitta akan mengundur diri dari UFC untuk memberi laluan kepada syarikat WME-IMG untuk membawa direction baru kepada UFC.

“Kami gembira kerana tuan baharu untuk UFC ini berkongsi visi dan passion yang sama dengan kami untuk memantapkan lagi persada UFC ini,” Fertitta dalam satu kenyataan. Dengan atlet hebat seperti Conor McGregor, Ronda Rousey, Brock Lesnar, Jose Aldo dan ramai lagi bertanding dalam UFC, sukan UFC ini dalam momentum untuk terus berjaya di masa akan datang. Disebabkan itu WME-IMG sedia melabur dengan jumlah yang besar dalam sukan ini. Seronok Lorenzo dan Frank kerana mereka kini sudah menjadi billionaire hasil daripada bisnes UFC yang mereka kembangkan ini.

Sumber