Minggu lepas kecoh dibicarakan mengenai kebocoran maklumat peribadi lebih sejuta pelajar dan alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) di atas talian. Berikutan dengan insiden tersebut, pihak universiti melalui kenyataan media oleh Naib Canselor menyatakan pihak pengurusan sedang menjalankan siasatan dalaman dengan kadar segera untuk memastikan tiada salah laku pihak dalaman pengurusan.

Kebocoran data peribadi yang melibatkan pelajar dari kampus induk dan juga kampus cawangan di seluruh negara dari tahun 2000 hingga 2018. Pihak pengurusan universiti memandang serius perkara ini buktinya, UiTM mempunyai satu Dasar Keselamatan ICT yang komprehensif dan menyeluruh merangkumi komponen kerahsiaan data rasmi dari data carian tanpa kuasa yang sah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Naib Canselor UiTM Prof. Emeritus Datuk Dr. Hassan Said berkata sekiranya kebocoran maklumat ini melibatkan tindakan pihak dalaman, pihak universiti akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak tersebut.

Sumber