Kredibiliti dan pencapaian cemerlang kumpulan koir UiTM sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Kali ini pasukan UiTM berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila muncul sebagai juara Pertandingan Koir Antarabangsa Copernicus kali ke-7 di Poland.

uitm-chamber-choir

 

UiTM Chamber Choir (UCC) berjaya membawa pulang emas bagi kategori Koir Campuran dan Lagu Rakyat. UCC juga berjaya membawa pulang dua anugerah khas iaitu Special Audience Prize dan Grand Prix of All Volunteers Awards. Satu lagi pasukan koir iaitu UiTM Women’s Chorale berjaya memenangi pingat emas untuk kategori koir wanita. Pasukan UiTM berjaya menewaskan beberapa pasukan dari negara lain seperti Afrika Selatan, Poland, Filipina, Indonesia, Latvia, dan Lithuania.

Menurut Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Ir Dr Mohd Azraai kassim, selepas ini kumpulan koir UiTM akan menyertai satu lagi pertandingan di peringkat antarabangsa iaitu Johannes Brahms Choir Festival and Competition di Wieneigrode, Jerman sehingga 7 Julai ini. Tahniah buat kumpulan koir UiTM.