Kejayaan alumni Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA (UiTM) sememangnya amat membanggakan dalam industri masa kini. Untuk meningkatkan lagi prestasi graduan, UiTM kini mencipta sejarah dengan menjalin kerjasama dengan rangkaian media antarabangsa, Al-Jazeeera.

Kerjasama ini merupakan yang pertama seumpamanya dalam universiti awam Malaysia. Nota kerjasama telah ditandatangani oleh Naib Canselor UiTM, Prof Dr Mohd Azraai Kassim dan Pemangku Pengurus Besar Al Jazeera Media Network, Dr Mostefa Souag di Doha, Qatar minggu lalu.

HUAWEI-Student-OB
HYPE
HUAWEI Tawar Skim Khas Untuk Pelajar Bayar Secara Ansuran Serendah RM8.97 Sehari
Baca lagi →

Posted by UiTM MassComm on Tuesday, 9 July 2019

Satu kenyataan menyebut kerjasama ini adalah untuk mengukuhkan lagi pengajian kewartawanan, komunikasi dan media antara dua belah pihak. Menurut kenyataan dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Prof. Dr. Azizul Halim Yahya melalui page UiTM MassComm, kerjasama ini adalah hasil dari lawatan dan usaha dari YB Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sendiri.

Kerjasama ini adalah hasil dari lawatan dan usaha dari YB Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sendiri. Jutaan terima…

Posted by UiTM MassComm on Friday, 12 July 2019

Turut berangkat ke Doha bersama dekan fakulti ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa Profesor Ts. Dr Mohamad Kamal Harun, Pengarah Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi (CMIWS), Prof Madya Datuk Dr Ismail Sualman dan Timbalan Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Dr Massila Hamzah.

Anda Mungkin Suka