Nano-satelit pertama ciptaan IPTA Malaysia dikenali sebagai UiTMSAT-1 oleh pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah berjaya dilepaskan ke orbit dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Sebelumnya, nano-satelit berkenaan telah dilancarkan ke ISS pada 29 Jun yang lepas.

Nano-satelit berkenaan telah dilepaskan bersama-sama dua lagi nano-satelit dari Bhutan dan Filipina iaitu BHUTAN-1 dan MAYA-1. Nano-satelit ini merupakan hasil produk kerjasama Joint Global Multi-Nation BIRDS-2 dengan Bhutan dan Filipina yang diterajui oleh Kyushu Institute of Technology (KyuTECH), Jepun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Keiga-tiga nano-satelit berkenaan telah berfungsi dengan baik dan telah menghantar isyarat ke ground station. Tahniah UiTM.