Nampaknya ujian drop dan bend dah terlalu mainstream.

Jika anda lihat di Youtube, pelbagai ujian telah dilakukan antaranya drop test, blend tests, gun tests dan scratch test. Kini melalui sebuah video, seorang pengguna Youtube “TechRax”  memperlihatkan ujian ketahanan Galaxy S6 dan iPhone 6 terhadap air mendidih, perlu diingatkan kedua-dua telefon pintar ini tidak menyokong sokongan kalis air.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika kita lihat video di bawah, iPhone 6 hanya mengambil masa 10 saat sebelum paparan skrin menjadi hitam dan rosak sepenuhnya. Berbeza dengan Galaxy S6, ia mengambil masa lebih 1 minit sebelum amaran overheat dipaparkan dan beberapa saat lagi sebelum telefon rosak sepenuhnya seperti iPhone 6.

Pengajaran daripada video ini? jangan masak telefon pintar anda dan jangan tiru aksi ini di rumah. Untuk pengetahuan anda iPhone 6 dijual pada harga permulaan RM 2,702 manakala Galaxy S6 pada harga RM 2,599.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram