Gara-gara memesan cincin khas dengan Lambang Diraja Johor, Tunku Idris Iskandar Al-haj mahukan penjelasan daripada Wak Doyok mengapa beliau menempah cincin dengan lambang tersebut.

Gambar cincin yang dimuat naik Tunku Idris di laman Instagram miliknya semalam terus mendapat respon Wak Doyok. Wak Doyok memohon ampun secara terbuka atas kecuaian serta kesilapan dirinya yang tidak arif berkenaan undang-undang negeri Johor berkenaan Lambang Diraja Johor.

Daiichi First 7 Plus Car Seat – Copy
HYPE
Kerusi Kereta Bayi Daiichi Lengkap Dengan Ciri Keselamatan Terbaik Pilihan Ibu Bapa
Baca lagi →

“Saya dengan rendah diri merafak Sembah Takzim dan Mohon Ampun ke majlis Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor serta Yang Amat Mulia Yang Amat Mulia Kerabat Diraja Johor di atas kecuaian dan kelalaian saya.

Sesungguhnya saya sedar kesilapan saya berpunca dari ketidak arifan saya dalam mengenali batas protokol Diraja. Saya amat menyesali keterlanjuran yang tidak disengajakan ini dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi,” tulis Wak di laman Instagram miliknya. Tunku Idris turut membalas mudah permohonan maaf tersebut dengan simbol jari ‘bagus’.

View this post on Instagram

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saya dengan rendah diri merafak Sembah Takzim dan Mohon Ampun kemajlis Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor serta Yang Amat Mulia Yang Amat Mulia Kerabat Diraja Johor di atas kecuaian dan kelalaian saya. Salam Kemaafan saya panjatkan juga kepada Bangsa Johor yang saya muliakan. Sesungguhnya saya sedar kesilapan saya berpunca dari ketidak arifan saya dalam mengenali batas protokol Diraja. Saya amat menyesali keterlanjuran yang tidak disengajakan ini dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Saya memohon doa kehadrat Allah SWT agar dilanjutkan usia zaman Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor serta Usrah Diraja. @tunku_idris 🙏🏻 Daulat Tuanku 🙏🏻 Wassalaam

A post shared by Wak Doyok (@wakdoyok) on

Dalam undang-undang negeri Johor, ia adalah satu kesalahan untuk menggunakan Lambang Diraja Johor untuk perkara tidak wajar dan berkaitan. Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugera (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017 telah diwartakan pada 16 Mac 2017 bagi membanteras kegiatan penyalahgunaan Lambang, Gelaran dan Anugerah.

Sebarang kesalahan boleh didenda tidak kurang RM250,000 dan tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semoga kes ini menjadi pengajaran kepada semua supaya tidak menggunakan sebarang logo atau lambang rasmi untuk kegunaan peribadi.

Ini pula kisah rakan sekelas Pemangku Raja Pahang yang menceritakan betapa humble Tengku Hassanal ketika zaman persekolahan. Baca lagi pada pautan di bawah.

Tiada ‘Gap’ Dengan Murid Biasa, Lelaki Ini Kongsi Kenangan Sekelas Dengan Pemangku Raja Pahang

Nilai Dan Populariti G-Shock GA-2100 Ini Meningkat Selepas Disarung Oleh TMJ

TMJ Pemilik Sebenar Istana Dalam ‘Crazy Rich Asians’ Yang Bernilai RM14 Bilion

Anda Mungkin Suka