Sedang perut anda memulas untuk menunggu nikmat azan Maghrib yang lazimnya tidak ditunggu pada bulan-bulan lain, sedang itu jugalah ada umat Islam lain di bumi sudah berubuka 2–3 jam awal berbanding anda, malah ada yang perlu menunggu sehingga 7 jam lagi daripada anda untuk berbuka puasa.

Berapa lama masa yang diambil oleh seseorang untuk berpuasa (regardless berada di mana di seluruh dunia) dalam sehari adalah bergantung kepada pola putaran bumi yang menentukan jangka masa siang dan malam.

Pola putaran bumi dalam beberapa tahun ini adalah mengarah ke arah hemisfera utara berbanding hemisfera selatan. Perkara ini menyebabkan jangka masa siang di utara yang disinari pancaran matahari adalah lebih panjang berbanding di selatan.

Maka, waktu siang di Auckland, New Zealand (selatan) hanya mengambil masa 11 jam 16 minit untuk berpuasa berbanding di Helsinki, Finland (utara) memakan masa selama 20 jam 18 minit!

Pada masa yang sama, pola putaran bumi dari barat ke timur menyebabkan Ramadan pada tahun 2017 jatuh dalam musim panas bagi negara-negara yang terletak menghampiri kutub utara dan selatan mengikut kalender kini (Gregorian) dan hijrah.

Sebaliknya juga, putaran bumi boleh menyebabkan Ramadan jatuh pada musim-musim lain yang masa siangnya adalah pendek berbanding musim panas. Namun demikian, tidak berlaku bagi negara-negara di kawasan garisan khatulistiwa seperti di Malaysia.

Nikmat yang seharusnya tidak didustai bagi kita di Malaysia apabila perlu berpuasa hanya untuk 13 jam 30+ minit sahaja!

Saya sempat berbalas mesej dengan rakan yang sedang belajar di Waseda University, Tokyo yang berpuasa selama 16 jam, terlihat senior di media sosial yang berada di Leiden University, Belanda memuat naik status bahawa perlu bertahan untuk 18 jam, dan tidak kurang seorang rakan yang bekerja di Melbourne hanya bersiangan selama 10-12 jam sahaja.

Kawasan-kawasan bumi yang terlokasi di utara seperti di Eropah utara, misalnya Iceland, Norway, Finland, dan Sweeden, juga di Rusia mengambil masa lebih 19 jam untuk berpuasa.

Sementara itu, kawasan bumi di selatan seperti di New Zealand, Australia, Afrika Selatan, dan Amerika Latin Selatan memperuntukan 10-13 jam puasa.

Di Malaysia, sungguh pun bukanlah negara 4 musim, namun berada di tengah-tengah bumi yang Ramadannya tidak mencapai ke tahap musim-musim ekstrim, malah jangka masa siang yang sederhana.

Sila hadam jangka masa berpuasa di seluruh bumi seperti di bawah dan tidak mendustai nikmat yang diberi-Nya.

Gambar: Aljazeera.com