Sudah menjadi kebiasaan ketika ini dimana kanak-kanak dan juga dewasa meluangkan masa bermain permainan di telefon pintar. Situasi ini juga dapat kerap dilihat di kedai makan dan restoran dimana mereka akan bermain secara berkelompok.

Meskipun permainan seperti Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG) berjaya mengumpul jumlah pemaian dan streamer yang ramai seluruh dunia, permainan ini nampaknya kurang dipersetujui oleh Majlis Ulama Daerah Aceh Barat yang berpendapat permainan ini telah melanggar syariat Islam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

ezgif-4-b389ab90ab7a

Bukan itu sahaja, Ketua Majlis Ulama Daerah Aceh Barat, Teungku Abdurrani Adian turut berpendapat setiap pemain PUBG perlu dihukum sebat di hadapan khalayak kerana terjerumus dengan permainan yang mengandungi unsur-unsur kekerasan dan peperangan. Menurutnya lagi, permainan yang berunsur peperangan ini dikhuatiri mampu menjejaskan akhlak dan psikologi pemainnya.

Setakat ini, meskipun permainan PUBG sudah dilabel sebagai haram di Aceh, perlaksanaan undang-undang termasuk hukuman sebat buat para pemain lagi belum dijalankan. Teungku Abdurrani turut berharap pemerintah Aceh dapat segera merealisasikan tersebut bakal dikenakan hukuman sebat kerana melanggar perintah syarak.

2019_06_14_74388_1560485504._large
Sumber: The Jakarta Post

Cadangan beliau turut dipanjangkan kepada Majlis Ulama Indonesia (MUI) Pusat agar turut mengiktiraf fatwa yang dikeluarkan Majlis Ulama Aceh berhubung pengharaman PUBG.

Perlaksanaan hukuman serta melabel PUBG sebagai haram nampaknya turut disokong sesetengah pihak namun tidak kurang juga segelintir pihak yang menolaknya atas alasan terlalu extreme dan keterlaluan.

Sebelum ini pegawai polis di Aceh telah menahan sekumpulan wanita yang memakai pakaian yang seksi sewaktu menunggang basikal.

Dituduh Berpakaian ‘Terlalu Seksi’, Penunggang Basikal Wanita Di Aceh Ditahan Polis

Tidak Fasih Baca Al-Quran, Pegawai Kerajaan Daerah Di Indonesia Ini Bakal Dipecat

Kenali PABJE, ‘Game’ Alternatif Untuk Pemain Tegar PUBG Di India

Sumber