Menteri Pembangunan Manusia dan Kebudayaan (Menko PMK), Muhadjir Effendy dalam satu Rapat Kerja Kesihatan Nasional di JIEXPO Kemayoran, Jakarta Pusat telah mengusul satu cadangan kepada Menteri Agama Fachrul Razi agar mengeluarkan fatwa agar golongan kaya mengahwini golongan miskin.

Dalam erti kata lain, orang miskin diminta untuk berkahwin dengan orang kaya manakala orang kaya pula diminta untuk mengahwini golongan miskin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Di Indonesia ini ada ajaran agama yang kadang-kadang disalahtafsirkan, kalau bab mencari jodoh yang sama peringkat. Apa yang terjadi? Orang miskin akan mencari jodoh mereka sesama orang miskin, akibatnya lahirlah rumah tangga miskin yang baharu, inilah masalah di Indonesia. [Harusnya] yang miskin cari yang kaya, yang kaya cari yang miskin,” ujar Muhadjir seperti yang dilaporkan Tempo.

Pendapat ini walau bagaimana pun tidak dapat diterima oleh para pakar ekonomi dan mereka menyatakan bahawa masalah kemiskinan bukanlah tidak dapat ditutup dengan perkahwinan.

Melalui data yang dikeluarkan oleh pemerintah Indonesia, hampir 5 juta keluarga  miskin telah direkodkan daripada 57 juta keluarga. Manakala jika keluarga itu sudah sampai di peringkat ‘akan miskin’, angka tadi bertambah kepada 15 juta. Bagi Bank Dunia pula, pertumbuhan ekonomi Indonesia hanya memberi manfaat kepada 20% orang kaya di Indonesia.

“Di Indonesia jurang antara yang miskin dan kaya jauh sekali bezanya. Kita nombor 4 setelah Rusia, India, dan Thailand. Satu persen orang di Indonesia mewakili 50% aset negara, jika naikkan jadi 10% keluarga maka ini bermakna 70% [aset negara]. Maksudnya 90% penduduk merebut 30% aset yang disediakan oleh kerajaan.”
” kata Sekretaris TNP2K, Bambang Widianto seperti yang dipetik oleh Detik.

Cadangan ini telah menjadi topik perbincangan warganet di Indonesia. Dari semua komen yang di beri, netizen mempersoalkan bagaimana sesebuah keluarga itu diukur kaya atau miskin?

Direktur Statistik Ketahanan Sosial BPS Harmawanti Marhaeni pernah menjawab soalan ini dengan menurut beliau status miskin/tidak miskin ditentukan oleh pendapatan per kapita sesebuah keluarga.

Lebih lucu lagi, ada beberapa netizen yang meminta agar Muhadjir memulakan dulu langkah ini dengan mengahwinkan anaknya kepada orang dari kalangan miskin bagi melihat kesan kepada cadangan beliau.

Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut mengenai Indonesia, klik pautan di bawah.

Agamawan Indonesia Percaya Ruqyah Mampu Sembuhkan Pesakit Coronavirus

Peminat Indonesia Cipta Teori Konspirasi Baharu, Ahmad Dhani Sekarang Adalah ‘Ahmad Dhani Clone”

Pelakon Malaysia Dan Indonesia, Ashraf Sinclair Meninggal Dunia