Baru-baru ini tular di media sosial perkongsian video Tik Tok seorang remaja lelaki yang menceritakan perjalanannya belajar untuk menebar roti canai- yang hanya bermula dengan angan-angan yang kemudiannya bertukar menjadi realiti.

Bermula dengan hanya menebar kain dan bukannya adunan roti sebenar, beliau telah berjaya memenangi pertandingan menebar roti canai dan kini mampu untuk menebar roti canai dengan sendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
6a5ce402-24f1-462b-a2dd-4c8d6ef73263
Muhammad Muiz Ruzaini

Walaupun nampak seperti mudah, namun mungkin ramai yang tidak tahu perjalanan yang terpaksa dilalui Muhammad Muiz Ruzaini dalam menjadi seorang penebar roti canai seperti yang dikongsikannya.

Bercakap kepada The Vocket, Muiz memberitahu sesuatu yang mungkin boleh menjadi inspirasi kepada sesiapa sahaja di luar sana dalam melakukan apa-apa yang dimahukan mereka.

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan

Mungkin inilah peribahasa yang sesuai diberikan kepada anak muda dari Alor Setar Kedah ini.

Beliau yang kini berusia 17 tahun menceritakan kesanggupan beliau untuk berulang alik dari Kedah ke Pulau Pinang semata-mata untuk mempelajari kemahiran menebar roti canai.

Walaupun keluarganya mempunyai kedai roti canai milik mereka sendiri, namun Muhamad Muiz memberitahu beliau telah membuat keputusan untuk ‘mengambil peluang’ dan menuntut ilmu dengan seorang guru di Pulau Pinang.

Kenapa ‘mengambil peluang’? Ini kerana Muhammad Muiz difahamkan masih bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Alor Setar dan hanya menggunakan masa cuti di hujung minggu untuk mempelajari teknik menebar roti canai ini.

f22e3a02-6335-4636-a7da-3f74703de8a1

“Saya tak pegi kerap, cuma pergi ambil ilmu dalam dua hari, selepas itu balik sekolah.

“Contoh saya balik dari asrama hari Khamis, kemudian saya akan ke Stesen KTM Alor Setar ambil train, selepas itu naik ke Butterworth dan ambil bas ke Penaga,tidur sana.

“Kemudian Sabtu saya ambil train ke Alor Setar dan ambil Grab ke sekolah,” kongsinya.

Mendengar penjelasannya pun sudah dapat membuatkan pembaca membayangkan perjalanan yang terpaksa dilaluinya.

Buat yang bertanya mengapa dia sanggup untuk berulang alik ke Pulau Pinang dari Kedah, Muiz mempunyai jawapannya yang tersendiri.

Walaupun keluarganya mempunyai kedai roti canai sendiri, beliau menjelaskan masih berkemahuan untuk mempelajari kemahiran berkenaan daripada orang lain.

WhatsApp Image 2020-10-27 at 10.57.39 PM (1)

“Mula-mula dulu saya belajar sendiri, lepas video tular baru saya cari orang ajar.

“(Sebab) saya takut orang ramai datang kedai (milik keluarga) jadi saya buat keputusan untuk cari orang yang ajar,” jelasnya.

Hasratnya untuk keluar menimba ilmu bersama individu lain itu juga menerima sokongan penuh daripada keluarganya.

Malah individu yang mengajarnya dan mempunyai kedai roti canai di Pulau Pinang itu juga menurutnya dicarikan oleh bapanya sendiri.

Tik Tok dan tular

Bercerita mengenai video Tik Tok beliau yang tular sebelum ini, Muiz juga sempat menceritakan pengalamannya menyertai pengalamannya memenangi pertandingan membuat roti canai seperti yang dikongsikannya dalam video berkenaan.

Pertandingan itu menurut beliau diadakan di persekitaran Menara Alor Star dan beliau telah mengejutkan ramai apabila meraih tempat pertama dalam pertandingan berkenaan.

“Saya join pada bulan 11 di Menara Alor Setar, saya peserta termuda dan saya johan,” kongsinya.

WhatsApp Image 2020-10-27 at 8.19.34 PM (2)

fe73cbbf-82bb-47f9-a778-84daa5ed3cc5
Muiz ketika menyertai pertandingan di menara alor setar pada tahun lalu

Tambah membanggakan, pencapaian itu hadir hanya beberapa bulan selepas beliau mula belajar menebar roti canai seperti yang dikongsikan dalam video tular sebelum ini.

Justeru itu, Muiz ketika mengakhiri perbualannya bersama kami sempat meninggalkan pesanan buat mereka yang masih mencuba untuk mengejar cita-cita mereka dalam kehidupan.

“Jangan pernah putus semangat, kalau minat tu buat saja jangan malu.

“Biar apa orang nak kata dan akhir sekali solat jangan tinggai,” pesan beliau.

Anda boleh menonton kembali perkongsian Tik Tok Muhammad Muiz yang tular sebelum ini melalui pautan di bawah.

@muizruzaini

Jangan pernah merasa gagal sebelum berjuang💪🏻🎈 #roticanaiterbang #roticanai #foryoupage #fypシ #fyp #flyingbread

♬ original sound – Zaza.azis – zazaaa

Baca juga kisah pemuda ini yang berjaya membuka kedai kopi selepas hanya bermula daripada dapur rumahnya, juga dari Alor Setar melalui pautan di bawah. 

Bermula Dengan Kedai Kopi Di Rumah, Pemuda Berusia 21 Tahun Ini Berjaya Buka Kafe Sendiri

Pelajar Ini Jana Pendapatan RM100,000 Sebulan Hanya Jual Perabot Terpakai Di Kedah

20 Pengajaran Yang Saya Belajar Selepas Usahakan Bisnes Kedai Makan RM2