Setelah beberapa bulan dihidangkan dengan pelbagai ura-ura akhirnya Samsung Galaxy S8 dan S8 Plus telah berjaya dilancarkan. Buat anda yang sering mengikuti ura-ura Samsung Galaxy S8, selamat untuk saya katakan hampir kesemua ura-ura yang dikeluarkan adalah benar. Terima kasih @evleaks.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Samsung pada kali ini lebih berhati-hati untuk mengumumkan smartphone terbaru selepas insiden yang berlaku. Samsung Galaxy S8 yang pada awalnya dijaduakan dilancarkan pada bulan Februari terpaksa ditangguhkan bagi membolehkan Samsung menguji smartphone keluarannya sepenuhnya sebelum dilepaskan kepada umum.

Samsung Galaxy S8 dilihat sebagai percaturan terbaik Samsung setakat ini bagi menandingi beberapa flagship smartphone keluaran jenama lain. Mampukah Samsung Galaxy S8 mengulangi kejayaan model sebelumnya? Berikut merupakan ulasan Vocket mengenai Samsung Galaxy S8 yang baru sahaja dilancarkan.

Rekabentuk

Kami mulakan perbincangan melalui rekabentuk terlebih dahulu memandangkan elemen ini yang berjaya mencuri perhatian orang ramai. Menggunakan tagline ‘Unbox Your Phone’ Samsung Galaxy S8 pada kali ini lebih memfokuskan kepada penggunaan bezel yang minimum.

Bukan sahaja bezel yang dikorbankan, malah kehadiran Samsung Galaxy S8 ini juga merupakan smartphone pertama daripada siri Samsung Galaxy yang tidak menyertakan home button secara fizikal. Secara teorinya, home button sebenarnya masih ada namun digantikan dengan butang atas skrin yang mana Samsung namakan sebagai ‘Invisible Home Button’.

Logo ‘SAMSUNG’ yang sering tertera pada bahagian hadapan smartphone keluaran mereka tidak lagi disertakan membuatkan smartphone Samsung Galaxy S8 ini kelihatan sangat ‘clean’. Dalam erti kata lain, bahagian hadapan smartphone ini cuma dihiasi dengan skrin AMOLED yang memenuhi hampir sepenuh ruangan hadapan Samsung Galaxy S8.

Penggunaan material metal pada bahagian belakang sekaligus berjaya membuatkan Samsung Galaxy S8 kelihatan premium secara keseluruhaan.

Skrin

Berbincang mengenai skrin, dua model yang dilancarkan iaitu Samsung Galaxy S8 dan Samsung Galaxy S8 masing-masing dikeluarkan dengan rekabentuk yang sama dengan penyertaan skrin 5.8-inci dan 6.2-inci.

Melihat daripada saiz skrin yang diumumkan pastinya anda membayangkan bagaimana agaknya saiz smartphone ini apabila dibandingkan dengan beberapa smartphone lain. Berikut merupakan perbandingan saiz yang dibuat.

Perbandingan Samsung Galaxy S8 Plus bersama Apple iPhone 7 Plus
Perbandingan Samsung Galaxy S8 bersama Google Pixel

Dalam pada itu dengan penggunaan teknologi yang disebutkan Samsung sebagai ‘Infinity Display’ berjaya membolehkan Samsung untuk menyertakan skrin yang lebih besar dengan mengurangkan penggunaan bezel.

Samsung turut menyertakan teknologi HDR display dimana Samsung mengesahkan teknologi ini membolehkan anda menonton Netflix atau Amazon Prime dengan lebih fun. Tidak hanya kerana saiz skrin yang lebar semata-mata malah skrin yang lebih vibrant dan detail antara yang anda boleh jangkakan melalui model terbaru Samsung ini.

Seperti juga model sebelumnya, kedua-dua model Samsung Galaxy S8 disertakan dengan paparan yang lengkung di bahagian tepi sepertimana Samsung Galaxy S7 Edge. Selain daripada kelihatan ‘futuristik’, pengguna juga berpeluang mengakses beberapa aplikasi dengan hanya swipe ditepi smartphone sahaja. Cool!

Spesifikasi

Dari segi spesifikasi, boleh dikatakan segala ura-ura yang diumumkan sebelum ini benar-benar belaka. RAM 4 GB dan ruangan storan 64 GB dipilih Samsung untuk kedua-dua model. Agak mengejutkan daripada Samsung apabila tidak menyertakan RAM 6 GB memandangkan majoriti smartphone keluaran 2017 menyertakan jumlah kapasiti RAM yang sama.

Processor yang digunakan Samsung pada kali ini adalah Snapdragon 835 dan Exynos 8895. Kedua-duanya merupakan processor yang baru dan antara processor terbaik anda boleh dapatkan ketika ini pada smartphone Android.

Beberapa fungsi lain seperti fungsi kalis air IP68, penggunaan USB Type-C, Bluetooth 5.0 antara yang disertakan.

Oh ya, headphone jack masih tersedia pada Samsung Galaxy S8.

Bateri

Samsung pada kali ini turut menekankan mengenai isu bateri. Bukan sahaja berdasarkan kapasiti, malah lebih membincangkan kepada ‘8-Point Battery Check’ dimana Samsung mengesahkan Samsung Galaxy S8 telah diuji melalui ujian makmal dan disahkan selamat untuk digunakan.

Samsung Galaxy S8 dilengkapi dengan bateri 3000 mAh manakala Samsung Galaxy S8 Plus yang hadir dengan saiz yang lebih besar menggunakan bateri 3500 mAh. Dikhabarkan Samsung pada kali ini memihak untuk tidak menyertakan kapasiti bateri yang lebih besar bagi mengelakkan smartphone keluaran mereka mudah panas dan terbakar.

Sekuriti

Fingerprint scanner Samsung yang selalunya berada di bahagian hadapan smartphone kini telah diubah ke bahagian tepi kamera. Mungkin bukan posisi yang terbaik memandangkan Samsung Galaxy S8 dilihat agak sekaligus menyukarkan pengguna unlock smartphone mereka.

Dalam pada itu, Samsung pada kali ini turut menyertakan 2 lagi sistem sekuriti iaitu menggunakan iris scanner dan juga face recognition. Pengguna bukan sahaja boleh unlock smartphone menggunakan mata, malah dengan pengesanan wajah.

Penyertaan sistem sekuriti terbaru ini yang pada mulanya dilihat sebagai gimik ternyata tidak apabila sistem scanning yang tersedia ini sangat pantas untuk mengesan wajah pemilik berdasarkan review awal. Sekali lagi ‘innovation’ Samsung berjaya.

Kamera

Disaat hampir kesemua pengeluar smartphone diluar sana berlumba-lumba mengeluarkan smartphone dengan teknologi dual-lens, Samsung nampaknya masih mengekalkan dengan tradisi single lens kamera 12-megapixel kamera beserta OIS.

Buat anda yang menantikan upgrade besar-besaran daripada Samsung dari segi kamera anda mungkin kecewa memandangkan Samsung Galaxy S8 masih menggunakan sensor kamera yang sama seperti Samsung Galaxy S7. Walaubagaimanapun, Samsung menjanjikan gambar yang diambil masih mantap meskipun ketika low-light melalui kemaskini software terbaru.

Dari segi kamera hadapan, Samsung pada kali ini telah menyertakan kamera 8-megapixel beserta autofocus. Buat anda yang rajin selfie, Samsung Galaxy S8 mungkin smartphone yang boleh pertimbangkan memandangkan saiz skrin yang besar serta imej yang diambil bakal bebas dari kelihatan gegar atau out of focus.

Setakat ini masih belum terdapat sample gambar daripada Samsung Galaxy S8. Meskipun begitu, melihat daripada gambar model sebelumnya yang dipilih sebagai ‘best smartphone camera of the year 2016′, ditambah pula dengan kemaskini terbaru, kami yakin smartphone terbaru Samsung ini mampu memberi saingan hebat buat jenama-jenama yang lain.

Harga

Harga bagi Samsung Galaxy S8 adalah $720 (~RM3182.76) manakala Samsung Galaxy S8 Plus bakal dijual dengan harga $840 (~RM3713.22). Kemungkinan kita akan melihat harga yang sedikit berbeza apabila Samsung Malaysia mengumumkan harga rasmi buat pasaran Malaysia.

Pra tempahan buat Samsung Galaxy S8 dan S8 Plus bakal dibuka pada 11 April 2017 ini dengan penawaran beberapa aksesori lain secara percuma.

Rumusan

Iniasiatif Samsung untuk menghasilkan smartphone yang lebih premium dari sebelumnya tampak berjaya pada kali ini. Skrin yang memanjang tanpa bezel pastinya menjadi selling point terbesar buat Samsung Galaxy S8.

Dalam pada itu, ianya bukanlah upgrade besar-besaran daripada model sebelumnya dari segi spesifikasi. Anda masih menerima kamera yang sama, jumlah kapasiti RAM yang sama dan peningkatan prestasi processor sebanyak 10% sahaja.

Memandangkan ini merupakan flagship terbaru daripada Samsung, kami yakin spesifikasi bukanlah penghalang terbesar untuk Samsung Galaxy S8 beraksi dengan baik dan dijangka bakal memberi saingan secara kompetitif buat beberapa jenama besar yang lain.