Kejohanan bola sepak paling berprestij peringkat kelab di Asia, AFC Champions League sudah tiba ke penghujungnya.

2 finalis, Al-Hilal dari Arab Saudi akan bertemu dengan gergasi Jepun, Urawa Reds dalam perlawanan akhir pada 18 November di Stadium King Fadh, Riyadh dan 25 November 2017 di Stadium Saitama 2002.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menariknya, tiket untuk perlawanan akhir ke 2 itu sudah pun dijual melalui rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven seluruh Jepun dan mendapat sambutan yang ‘menggila’ dari para penyokong Urawa Reds.

o0600041012291182485

Namun, ada juga pihak yang cuba mengambil kesempatan atas permintaan tiket perlawanan akhir yang tinggi ini.

Hasil dari tinjauan kami melalui laman lelongan tersohor Jepun, Yahoo! Auction, sudah banyak tiket-tiket yang sudah pun terjual dengan harga yang tidak masuk akal.

Tiket yang harga asalnya JPY 4,100 (RM152) telah berjaya dijual dengan harga lebih 5 kali ganda, JPY 20,750 (RM769) sekeping.

Screen Shot 2017-11-06 at 9.01.48 PM
Gambar yang diambil dari laman lelongan Yahoo Auction Japan

Menurut maklumat yang kami perolehi dari ‘group’ penyokong Urawa Reds, penjual telah menyenaraikan 2 keping tiket perlawanan akhir itu dilaman lelongan Yahoo! Auction dengan harga JPY 41,500 (RM 1,539), dan telah mengundang rasa marah ahli-ahli kumpulan tersebut.

Mereka telah mengenalpasti dalang yang terlibat dalam kes ini dan akan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Segala butiran berkaitan penjual telah diserahkan dengan kerjasama Yahoo! Auction Japan.

Screen Shot 2017-11-06 at 9.04.18 PM
View dari tempat duduk tiket yang dijual

Berdasarkan penerangan yang diberikan oleh penjual dalam lama lelongan itu, tiket yang dijualnya mempunyai posisi tempat duduk yang cukup baik, bertentangan dengan ‘grand stand’ serta dikawasan tengah yang membolehkan ‘view’ menarik semasa perlawanan.

Kami cuba membuat pembelian secara online untuk melihat berapakan harga sebenar untuk semua jenis tiket yang ditawarkan melalui laman web rasmi J.League mulai 11 November 2017.

Screen Shot 2017-11-06 at 9.08.02 PM
Peta tempat duduk dan senarai harga mengikut jenis tiket

Berdasarkan gambar diatas, jelas menunjukkan harga tiket yang paling murah adalah berharga JPY 2,000 (RM76) – ‘free-seating’ sehingga tiket paling mahal berharga JPY 9,000 (RM 334).

Kisah ulat tiket perlawanan akhir bola sepak tidak hanya kecoh di Malaysia, tetapi juga berlaku di Jepun!