Terdahulu, Tsuburaya Productions telah mengumumkan bahawa Ultraman Ribut akan menyertai perlawanan dalam siri Ultraman terbaru iaitu ‘Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes’. Ultraman Ribut merupakan hasil kerjasama di antara Les’ Copaque dan juga Tsuburaya Productions.

 

Dalam episod terbaru siri tersebut, dapat dilihat Ultraman Ribut membuat kemunculan untuk kali pertama dalam siri tersebut setelah diumumkan pada bulan lalu. Di dalam episod ketiga itu, Ultraman Ribut berlawan dengan seekor raksasa dan apa yang menarik perhatian ialah langkah-langkah yang dipamerkan dikatakan seakan langkah silat.

Secara tidak langsung, ianya akan mempromosikan seni silat dari negara kita ke dunia luar. Rata-rata penonton mengatakan yang mereka sangat teruja melihat kemunculan pertama Ultraman Ribut.

Subscribe ke laman YouTube rasmi Ultraman Official untuk menonton siri ‘Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes’.

Terdahulu, Ultraman Ribut telah diumumkan secara rasmi menyertai keluarga Ultraman. Klik pautan dibawah untuk membaca lebi

Ultraman Ribut Sah Muncul Secara Rasmi Untuk ‘Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes’

Yamaha ‘Ultraman’ Y15ZR Edisi Terhad Bakal Dijual Dengan Harga RM12,688