Peminat tegar siri Ultraman dari Malaysa sangat teruja apabila Ultraman Ribut bakal menyertai siri Ultraman terbaru yang akan ditayangkan di YouTube, ‘Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes’.

Untuk anda yang tidak tahu, Ultraman Ribut adalah hasil kerjasama antara Tsuburaya Productions dan Les’ Copaque di mana Ultraman Ribut membuat kemunculan khas untuk siri Upin dan Ipin.

Walaupun tidak mempunyai siri solo seperti Ultraman yang lain, tetapi Tsuburaya Productions melihat Ribut sebagai Ultraman yang hebat untuk dimasukkan dalam siri terbaru New Generation Heroes ini.

Ultraman Ribut juga diangkat secara rasmi dalam keluarga Ultraman ketika sambutan Ultraman Day ‘THE LEGENDS 1966’ pada tahun 2016.

https://www.youtube.com/watch?v=0Ig3FoTnf0k

Tahniah jika anda mengenali Ultraman Ribut sejak zaman Upin & Ipin lagi. Les’ Copaque adalah antara produksi yang bertuah kerana dapat menjalinkan kerjasama epik ini bersama Tsuburaya Productions kerana tidak ramai yang diberi peluang untuk menghasilkan Ultraman khas untuk siri mereka.

Subscribe ke laman YouTube rasmi Ultraman Official untuk melihat episod pertama siri ‘Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes’ in pada 29 September 2019. Ultraman Ribut boleh!

Tahukah anda khas untuk pasaran Malaysia, Yamaha Malaysia melancarkan edisi YSUKU ‘Ultraman’ terhad kepada 100 unit sahaja? Memang kuat penangan Ultraman di Malaysia.

Yamaha ‘Ultraman’ Y15ZR Edisi Terhad Bakal Dijual Dengan Harga RM12,688

10 Sebab Kenapa Upin & Ipin Kekal Menjadi Animasi Popular Di Malaysia