Jika sebut tentang Vans, pasti ramai yang akan terus terfikirkan keunggulan dan ketahanan model Vans untuk aktiviti sukan ekstrim terutamanya skateboarding dan BMX. Begitu juga kasut ini yang menjadi pilihan untuk acara kasual seperti menonton konsert dan sebagainya.

Atas faktor itu Vans mempunyai peminat setianya di serata dunia. Selari dengan teknologi yang ada, Vans telah memperkenalkan model Vans yang jauh lebih ringan dan sesuai untuk segala aktiviti anda iaitu UltraRange EXO.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apa perbezaan ketara antara model baharu ini dengan model traditional Vans? Yang pasti ianya jauh lebih ringan dan sangat selesa untuk dipakai. Jika adidas boleh berbangga dengan teknologi BOOST dan Nike dengan teknologi Air, Vans mempunyai teknologi UltraCush yang akan memberikan keselesaan berpanjangan buat pemakai.

Jika anda membuat perbandingan antara model UltraRange EXO ini dengan model biasa Vans, anda pasti akan rasa perbezaan beratnya. Ditambah lagi apabila anda menyarungkannya, keselesaan itu akan terus terasa tanpa perlu anda menunggu kasut ini break in terlebih dahulu.

ultrarange exo

Disebabkan terdapat permintaan untuk model yang lebih ringan dan fleksibel, Vans hasilkan model UltraRange EXO ini untuk memenuhi permintaan tersebut. Disebabkan itu jika anda melihat bahagian tapak kasut ini, ia hadir dengan konsep rubber bottom cut outs untuk mengurangkan lagi berat kasut ini disamping penggunaan material lightweight yang tahan lasak.

UltraRange 1
Tapak UltraRange EXO yang berbeza berbanding model traditional Vans

Model ini bukan sahaja menarik perhatian umum, tetapi selesa digunakan untuk travel dan adventure yang anda bakal hadapi. UltraRange EXO sudah boleh didapati di butik Vans serata Malaysia pada harga RM379. Kami yakin anda pasti terkejut dengan keselesaan model ini.

Untuk anda yang mahukan model yang lebih tahan lasak, Vans Destruct SF ini mungkin untuk anda. Baca tentangnya lagi di sini.

Vans Perkenalkan Warna Baharu Untuk Model Tahan Lasak Destruct SF

Kasut Vans Tikar Mengkuang Edisi Khas Pa’din Musa Terjual Dengan Harga RM4,902

Rekaan Nasi Lemak Untuk Vans Custom Culture Ini Curi Perhatian Netizen