Kejayaan demi kejayaan berjaya dicatat oleh universiti yang penuh bersejarah ini. Pada minggu ini, bersempena ulang tahun ke-350 Merck Foundation, Universiti Malaysia telah berjaya diiktiraf oleh Merck Foundation sebagai pusat pelanjutan keupayaan perubatan melibatkan beberapa negara termasuk Afrika dan Asia Tenggara.

Jika sebelum ini, para pelajar cemerlang Malaysia telah dilatih di luar negara untuk menimba pengalaman untuk berbakti di negara tercinta, melalui usaha ini Malaysia juga berpeluang untuk melatih para pelajar dari luar negara.

Photo 3 – Merck Award Winners

Melalui usaha sama Merck Foundation bersama Universiti Malaysia, beberapa latihan biasiswa telah diperkenalkan termasuk bidang diabetes, onkologi dan ketidaksuburan kepada para pelatih.

Kerjasama ini sekaligus mengiktiraf kedudukan UM sebagai institusi pengajian perubatan yang tertua dan paling mapan di Malaysia serta menyumbang kepada aspirasi negara untuk lebih dikenali di peringkat global dalam pendidikan tinggi.

Turut terlibat Yang Berhormat Datuk Dr Mary Yap Kain Ching selaku Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia

Tahniah kami ucapkan buat Universiti Malaysia. Semoga dengan pengiktirafan ini sekaligus bakal melonjakkan lagi kemahiran para pelajar perubatan dalam dan luar negara di Universiti Malaysia.