Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata umat ​​Islam harus menyambut Aidilfitri tetapi mereka boleh menangguhkan sambutan itu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dr Zulkifli berkata ianya wajib untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari pertama Syawal. “Namun, cara sambutan itu perlu memadai dan mungkin tidak sama dengan perayaan lain dan lebih kepada tradisi,” tambah Dr Zulkifli.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bercakap kepada Harian Metro, umat Islamt perlu makan dan menunaikan solat AidilFitri dengan cara yang disarankan kerajaan agar mematuhi PKP bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19.

“Kita mungkin perlu menghadkan lawatan antara rumah ke rumah Hari Raya Aidilfitri dan mempraktikkan penjarakan sosial. Kita boleh tunda sambutan perayaan seperti rumah terbuka dan banyak lagi,” kta Dr Zulkifli

“Keputusan kemungkinan penangguhan sambutan Hari Raya AidilFitri ketika PKP ini akan diputuskan melalui perbincangan Majlis Fatwa Nasional setelah mendapat pandangan para ulama,” katanya kepada Harian Metro.

Ramadan dijangka bermula 24 April ini, empat hari sebelum PKP fasa ketiga tamat iaitu pada 28 April. Hari Raya AidilFitri tahun ini mungkin kurang meriah tetapi sekiranya itu yang terbaik untuk putuskan rantaian COVID-19, sama-sama kita berlapang dada. Kita mampu menghadapinya.

Solat terawih berjemaah secara dalam talian adalah tidak sah dan perlu dijauhi sepanjang Ramadan ini. Baca lagi pada pautan di bawah.

Tarawih ‘Online’ Tidak Dibenarkan, Ada Kemungkinan Internet Terputus Ketika Solat

Bermula Dari Sedekah Ke Sekolah, Tepung Pelita Paya Jaras Miliki Lebih 100 Ejen Setiap Ramadan

Selangor Umum Bakal Teruskan E-Bazar Untuk Ramadan

Sumber