Dapatkah Netflix terus hidup tanpa siri-siri hebat Marvel seperti The Punisher dan Daredevil? Jawapannya adalah ya kerana mereka sudah mempunyai siri hebat yang bukan di bawah Marvel, Umbrella Academy.

Siri adapatasi daripada Penulis Gerard Way dan pelukis Gabriel Ba ini menerima respon yang sangat positif daripada penonton Netflix dan ada yang menghabiskan siri ini dalam masa satu hari sahaja. Buat yang sudah habis menonton siri pertama, pasti sudah tidak sabar menantikan musim kedua Umbrella Academy.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam satu kajian yang dibuat firma Parrot Analytics, Umbrella Academy kini siri original paling hit di Amerika Syarikat dengan ‘jumlah permintaan’ 30.77 juta. Screen Rant berkongsikan carta populariti siri ini dibandingkan dengan siri-siri Netflix sedia ada seperti Titans, The Punisher, Stranger Things dan Narcos.

Screen Rant chart
Kredit gambar: Screen Rant

Apa yang menjadikan siri ini menarik adalah keunikan setiap watak anggota Umbrella Academy ini sendiri. Ianya tidak seperti siri superhero lain di mana setiap anggota Umbrella Academy ini tidak sehaluan lagi dalam menjaga keamanan dunia ketika mereka sudah dewasa.

Namun, disebabkan salah seorang daripada mereka tahu dunia akan musnah dalam masa beberapa hari, mereka perlu kembali bersama untuk menyelamatkan bumi.

Umbrella Academy sudah menjadi satu siri yang wajib ditonton oleh penggemar genre superhero. Watak Umbrella Academy juga diubah sedikit daripada watak komik asal untuk memberi feel yang berbeza untuk versi Netflix. Jika anda ada Netflix, silalah tonton siri ini. Anda tidak akan menyesal dan pasti terhibur dengan watak Klaus dan Number Five.