Perdana Menteri Interim Malaysia, Tun Dr Mahathir Muhammad mengakui beliau meletakkan jawatan disebabkan oleh parti United Malays National Organisations atau lebih dikenali sebagai UMNO.

Isnin lepas Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas cubaan daripada 11 ahli PKR termasuk Azmin Ali dan Zuraida serta parti Bersatu keluar dari Pakatan Harapan telah meruntuhkan Pakatan Harapan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau yang dilaporkan pada awalnya sebagai dalang kepada konflik politik Malaysia ini hanya mengambil pendekatan berdiam diri sebelum ini. Namun kenyataan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim, Syed Saddiq dan A. Kadir Jasin sebelum ini telah menafikan dakwaan terbabit.

Kenyataan terbaharu oleh Mahathir sebentar tadi telah menguatkan lagi desas desus yang menyatakan bahawa Mahathir tidak mahu bekerjasama dengan UMNO.

“Saya sanggup terima ahli UMNO yang keluar UMNO dan menyertai parti lain. Tetapi UMNO akan sertai Kerajaan campuran ini sebagai Parti UMNO. Ini tidak dapat diterima oleh saya. Maka terpaksalah saya letak jawatan.” Kata bekas Perdana Menteri ke-7.

Dalam masa yang sama Mahathir menyalahkan politik, orang politik dan parti politik yang telah menyebabkan ekonomi Malaysia sekarang berada pada kadar tidak sihat dan diancam dengan masalah kesihatan.

“Saya berpendapat betul atau tidak, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang. Jika dibenar saya akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti. Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan.” Kata Mahathir kepada umum.

“Jika diizin inilah yang akan saya cuba. Saya berdoa dan saya pohon kepada Allah SWT saya diberi petunjuk dalam usaha ini.” Katanya mengakhiri sidang media tadi.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong telah berjumpa Mahathir pada 24 Februari lalu di Istana Negara.

Mahathir yang memegang tampuk pimpinan Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini telah meluangkan masa hampir sejam di sana sebelum YDPA berkenan menerima surat peletakan jawatan beliau.

Sejak itu beberapa naratif drama politik Malaysia keluar dengan UMNO dan PAS semalam menarik balik sokongan terhadap Tun Dr Mahathir jika beliau meneruskan cadangan untuk membentuk satu pakatan baharu yang akan turut disertai oleh DAP.

Berikut adalah cerita lain mengenai Mahathir, klik pautan di bawah untuk membaca.

Tiada PM Ke-8 Setakat Ini, Tun Mahathir Dilantik Perdana Menteri Interim