Nampaknya peperangan telco dalam menawarkan internet secara unlimited semakin rancak dengan kehadiran U Mobile. Kali ini seperti selalunya, telco ini kembali lagi dengan sebuah pakej berbaloi khusus buat para pengguna yang aktif menggunakan internet.

Melalui pakej terbaru ini U Mobile hadir dengan beberapa ciri yang boleh kami katakan agak awesome kerana mereka bukan sahaja memfokuskan kepada internet, malah telco ini turut menawarkan panggilan secara unlimited.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Buat anda yang selalu menggunakan hotspot, U Mobile turut menawarkan pakej 10 GB secara percuma. Pakej roaming secara percuma juga ditawarkan dengan kouta internet sebanyak 5 GB bagi 12 negara yang terpilih. Australia, India, Hong Kong, Korea Selatan dan China antara negara yang menyokong pakej roaming Roam-Onz.

Selain itu, pelanggan pelan ini juga berpeluang untuk membuat panggilan tanpa ke seluruh rangkaian atau telco yang lain. Fungsi-fungsi lain seperti App-Onz, Video-Onz, Music-Onz serta penggunaan data untuk Waze percuma turut tersedia untuk pelan ini.

Sumber: lowyat.net

Buat anda yang berminat dengan pakej terbaru daripada U Mobile ini, anda boleh klik di sini untuk mendapatkan info dengan lebih lanjut mengenai pakej ‘Unlimited Hero P78’. Adakah ini pakej yang anda perlukan?