Setiap kali menaiki pesawat pastinya orang ramai mengharapkan perjalanan dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Dalam pada itu, siapa sangka perjalanan sebuah pesawat AirAsia AK5748 pada 10 Februari dilaporkan terpaksa membuat pendaratan ke Kuching.

Difahamkan situasi ini berlaku disebabkan penemuan seekor ular pada ruang penyimpanan bagasi yang membuatkan para penumpang panik menerusi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tawau. Situasi yang berlaku turut mendesak juruterbang untuk mendarat lebih awal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@edal8808

Kelihatan seekor ular dalam pesawat dlm penerbangan dari KL ke Tawau. Pesawat terpaksa emergency landing di AirPort Kuching #fyp

♬ Suspense Music – Sound Collective

 

Menerusi laporan oleh The Rakyat Post, kapten Leong Tein Ling memaklumkan pihak AirAsia mengesahkan insiden tersebut serta memaklumkan situasi tersebut sangat jarang berlaku dalam pesawat.

Dimaklumkan pihak kapten bertanggung jawab sepenuhnya terhadap insiden yang berlaku dan memilih untuk mendarat di Kuching terlebih dahulu. Tujuan pendaratan dibuat adalah sebagai langkah berjaga-jaga buat para penumpang serta pihak anak kapal.

Situasi yang berlaku turut mendapat para netizen yang memaklumkan insiden tersebut mengingatkan mereka kepada filem Snakes on a Plane yang pernah ditayangkan pada tahun 2006.

Sumber: tiktok edal8808

Malah, terdapat para penumpang yang pesawat berkenaan yang tidak mengetahui punca pesawat terpaksa mendarat seketika di Kuching sebelum meneruskan perjalanan ke Tawau menerusi pesawat yang lain.

Dimaklumkan tiada sebarang individu tercedera dalam usaha untuk mengeluarkan ular berkenaan daripada dalam pesawat termasuk ular berkenaan.

Tular pada minggu ini apabila presiden PRESMA melaporkan restoran mamak mungkin tidak lagi dapat beroperasi sehingga 24 jam sehari berikutan isu yang dihadapi sepanjang musim pandemik COVID-19.

Restoran Mamak 24 Jam Mungkin Tinggal Kenangan, Lebih 2,000 Premis Dilaporkan Tutup

Dakwa Peruntuk Ruang VIP Pada Saf Hadapan, Masjid Di Ampang Ini Tampil Jelaskan Perkara Sebenar