Jika pada minggu lalu, jalan raya di Malaysia menjadi saksi kepada kemalangan yang melibatkan Nissan Skyline R34 GT-R yang berlaku di Shah Alam. Terbaharu, para netizen dikejutkan lagi dengan berita kemalangan melibatkan kereta Nissan GT-R R35 dan juga kereta yang diberi julukan King Of The Road Malaysia iaitu Perodua Myvi.

Kemalangan tersebut dipercayai apabila pemandu Perodua Myvi gagal mengawal kenderaan, lalu menghentam pada bahagian belakang Nissan GT-R R35 tersebut. Syukur kerana tiada kecederaan yang berlaku semasa kemalangan tersebut berlaku.

vocket-gtr-vs-myvi-pkp-tak-pkp-gg-6
Sumber Gambar: Facebook Group Myvi Buat Hal Apa Hari Ini
vocket-gtr-vs-myvi-pkp-tak-pkp-gg-5
Sumber Gambar: Facebook Group Myvi Buat Hal Apa Hari Ini
vocket-gtr-vs-myvi-pkp-tak-pkp-gg-11
Sumber Gambar: Instagram

Menurut rakan pemandu kereta Nissan GT-R R35 yang turut berada di lokasi kemalangan, kos kerugian pada bahagian belakang kiri kereta yang hancur seperti exhaust, bumper, rear lip diffuser carbon fiber dan lampu kereta mencecah kira-kira RM55,000 tidak termasuk kos-kos yang lain.

vocket-gtr-vs-myvi-pkp-tak-pkp-gg-11
Sumber Gambar: Facebook Group Myvi Buat Hal Apa Hari Ini
vocket-gtr-vs-myvi-pkp-tak-pkp-gg-12
Sumber Gambar: Facebook Group Myvi Buat Hal Apa Hari Ini

Rata-rata ramai netizen mempersoalkan adakah pemandu Perodua Myvi terpaksa mengeluarkan kos sendiri sepenuhnya untuk mengganti kerosakkan pada kereta yang dilanggarnya? Jawapannya tidak perlu kerana pihak insurans antara kedua-dua belah pihak akan menguruskannya.

vocket-gtr-vs-myvi-pkp-tak-pkp-gg-13

Tidak kurang lucu juga bila ada netizen yang menyamakan kemalangan tersebut seperti filem pertembungan antara Godzilla Vs Kong yang bakal ditayangkan di pawagam pada bulan Mac nanti.

Takziah kami ucapkan kepada kedua-dua mangsa kemalangan. Walaupun pihak kerajaan memberikan kelonggaran untuk keluar dalam jarak radius 10km semasa PKP ini, berhati-hatilah semasa memandu kerana kemalangan datang tidak berbau.

Baca lagi artikel-artikel pilihan pembaca The Vocket melalui pautan di bawah.

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Cipta Speaker Khas Untuk McLaren Senna

Ibu Diugut Anak Sendiri, Serahkan ‘Fortuner’ Yang Dibeli Atau Bayar Sewa RM57,629

Kisah Di Sebalik Video ‘Delivery Day’ Porsche Cayenne Yang Tular Di Media Sosial

Sumber