Umum mengetahui, jalan berlubang boleh menyebabkan kemalangan dan kerosakan. Malah, Khairy Jamaluddin juga pernah terjatuh ketika berbasikal disebabkan jalan berlubang.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @yunus_unus96 telah berkongsi sebuah video memaparkan keadaan jalan berlubang yang ditampal di Duke Highway dimana telah menyebabkan sepupunya berada di unit rawatan kritikal (CCU) ketika ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apa yang mengejutkan, hasil jalan berlubang yang ditampal seperti dibuat separuh hati sahaja dan tidak ditampal dengan sebaiknya. Malah, dapat dilihat lubang tersebut agak dalam.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut kerana pihak bertanggungjawab tidak melakukan kerja mereka dengan sebaiknya.

https://twitter.com/ezzalyana_/status/1520383685287366656

https://twitter.com/sifu_k/status/1520525725778219008

Malah, ada juga netizen berkongsi kenderaan mereka juga mengalami kerosakan disebabkan kerja tampalan yang tidak kemas. Rata-rata netizen turut mahu mangsa untuk saman pihak DUKE Highway dan meminta pampasan kerana cuai.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

‘Rasa Gugur Jantung’ – Lelaki Ini Tergamam Rugi RM30,000 Kena Scam Dengan Syarikat Pembersihan

Dituduh Hanya Ambil Pekerja Kaum Cina Sahaja, Ini Kenyataan Rasmi Bonia

Mudahkan Orang Ramai Bersolat, ‘Vending Machine’ Siti Khadijah Pertama Curi Tumpuan Ramai