Seorang nelayan di Amerika Syarikat bernama Michael Packard menceritakan pengalamannya selamat setelah ditelan oleh ikan paus. Dia yang berusia 56 tahun telah menulis cerita unik ini di dalam Facebook peribadinya pada Jumaat lalu, beberapa jam setelah selamat daripada kematian, lapor NDTV.

Kisah yang kedengaran seperti cerita Nabi Yunus ini dikatakan berlaku kepada Packard bilamana dia mula menyelam pada kedalaman 10 meter untuk mencari lobster di bahagian pantai Massachusetts. Semasa menyelam, tiba-tiba dia merasa satu tekanan yang kuat dan suasana menjadi gelap.

Pada mulanya, dia menyangka bahawa dia telah diserang oleh jerung putih, pemangsa marin yang ganas, tetapi dia tidak merasakan luka terkena gigitan. Tidak lama selepas itu, dia mula sedar bahawa dia berada di dalam mulut ikan paus. Saat itu, dia percaya bahawa dia akan mati ditelan oleh ikan gergasi itu, katanya kepada CBS Boston.

https://www.youtube.com/watch?v=E4XtnSNGjU0

Ketika dia merasa tubuhnya mula ditekan-tekan oleh otot mulut ikan paus yang cuba menelannya. Nasib baik menyebelahi Packard bilamana silinder oksigen yang digunakan untuk menyelam masih berfungsi dengan baik dan membolehkannya bernafas walaupun berada di dalam mulut ikan paus.

Dalam 30 hingga 40 saat setelah itu, Packard berjaya keluar daripada mulut ikan paus. Dia kemudiannya diselamatkan oleh rakannya yang menyelam bersamanya. Media tempatan memberitahu bahawa temannya, Josiah Mayo melihat ikan paus itu menyembur keluar Packard keluar dari mulut.

Jooke Robbins, pengarah di Pusat Kajian Pantai di Provincetown, Massachusetts, mengatakan bahawa dia tidak ada alasan untuk tidak mempercayai cerita Packard tersebut. Berkata kepada media, dia tidak menganggap cerita itu tipu dan percaya dengan ceritanya yang selamat setelah ditelan oleh ikan paus.

Robbins menambah bahawa selama bekerja sebagai pengarah di sana, dia tidak pernah mendengar tentang kemalangan seperti ini. Tetapi baginya, Packard mungkin berada di tempat yang salah pada waktu yang salah.

“Apabila ikan paus menangkap ikan… mereka bergerak ke depan, membuka mulut dan menelan ikan dengan cepat,” katanya kepada CNN, sambil menambah bahawa ikan paus mempunyai mulut yang besar, tetapi kerongkong yang sempit tidak akan dapat menelan manusia.

Bagi Peter Corkeron, seorang saintis senior di New England Aquarium, mengatakan kepada WBZ-TV bahawa ketika ikan paus mencari makan, dia akan membuka mulutnya dengan sangat luas. Corkeron menambah bahawa ikan paus tidak berminat untuk mengganggu manusia, tetapi adalah baik untuk menjaga jarak 100 meter dari ikan paus.

Seorang nenek dari Amerika Syarikat masuk Islam setelah menonton ‘sinetron’. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Seorang Nenek Dari Amerika Syarikat Masuk Islam Setelah Menonton ‘Sinetron’

‘Malaysia King’ Buat Hal Di Amerika Syarikat, Bakal Hadapi Hukuman Penjara Lebih 10 Tahun

Serangan Anti Asia Merebak Di Amerika Syarikat, Apakah Punca Di Sebalik Kejadian Ini?

Sumber