Setiap ‘kaki kereta’ pasti mempunyai minat terhadap kenderaan mengikut segmen atau tahun keluaran kenderaan tersebut dibuat. Ada yang minat kereta klasik, ada juga yang minat kereta moden.

Bayangkan bila semua ‘kaki kereta’ berkumpul dalam satu Facebook Group yang sama, sudah tentu penuh dengan pelbagai perkongsian kisah suka duka pemilik dalam memiliki kenderaan idaman mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baru-baru ini Facebook Group ‘Kereta Sebelum Tahun 2000’ mula menjadi tumpuan ‘kaki kereta’ untuk bersama-sama meraikan minat yang sama di antara satu sama lain.

vocket-fb-group-kereta-sebelum-tahun-2000-3-1
Sumber Gambar: Facebook Group Kereta Sebelum Tahun 2000
vocket-fb-group-kereta-sebelum-tahun-2000-2-1
Sumber Gambar: Facebook Group Kereta Sebelum Tahun 2000

Di dalam Facebook Group tersebut orang ramai berkongsi pengalaman pahit manis bagaimana mula memiliki kenderaan mereka, proses-proses restorasi kereta lama dan menjawab persoalan yang diajukan oleh ahli yang lain.

Walaupun pelaksanaan PKP menyebabkan banyak acara-acara automotif terpaksa ditangguhkan, namum keaktifan ahli Facebook Group ini membuatkan seolah-olah kita berada di dalam satu ‘acara pameran kereta’ virtual yang tiada penghujungnya.

vocket-fb-group-kereta-sebelum-tahun-2000-5
Sumber Gambar: Facebook Group Kereta Sebelum Tahun 2000
vocket-fb-group-kereta-sebelum-tahun-2000-6
Sumber Gambar: Facebook Group Kereta Sebelum Tahun 2000

Pihak The Vocket telah menghubungi salah seorang admin dan beliau menyatakan Facebook Group tersebut diwujudkan oleh kerana mereka minat dengan kereta dan mahu meraikan minat yang sama bersama orang ramai. Kini sudah ada lebih 57,000 ahli aktif dari seluruh pelusuk Malaysia.

Tambah beliau lagi, kereta-kereta yang wujud sebelum tahun 2000 tetap mempunyai performance dan kelebihan sama seperti kereta yang ada pada masa sekarang.

Pihak admin mengalu-alukan kemasukkan orang ramai ke dalam Facebook Group tersebut dan mahu semua orang enjoy berkongsi kereta yang pernah dipakai dan masih digunakan sehingga hari ini. Jika anda seorang ‘kaki kereta’, bolehlah sertai dan kongsikan kenangan pahit manis anda di sini.

Sementara itu, anda boleh lihat lagi Facebook Group yang menjadi bualan netizen sejak pelaksanaan PKP tahun lalu.

Kumpul 500K Ahli Dalam Masa Seminggu, ‘Group’ Facebook Masakan Tidak Menjadi Diserbu Netizen

Laman ‘Myvi Buat Hal Apa Hari Ini?’ Jadi Medan Kongsi Gelagat Myvi Di Jalanan

Raih 70K Ahli Dalam Masa Singkat, Grup Riak Apa Hari Ini Menjadi Serbuan Terbaru Netizen

 

Sumber