Sebut mengenai penjara sudah pastinya orang ramai cukup tahu dengan kawalannya yang ketat. Malah, penjara yang dikawal Israel ini turut dinobatkan sebagai penjara paling dengan kawalan paling ketat.

Dalam pada itu, Israel seolah dikejutkan dan dimalukan pada malam tadi apabila penjara Gilboa yang didakwa mempunyai kawalan paling ketat ini berjaya dibolos oleh enam rakyat Palestin menerusi sebuah lubang kecil yang digali di bawah sinki.

Menerusi perkongsian Al Jazeera, difahamkan insiden ini mulai dikesan hanya selepas tiga jam mereka meloloskan diri selepas menerima panggilan dan laporan daripada individu di luar penjara yang melihat kelibat kumpulan yang tidak dikenali di luar penjara tersebut.

Pihak pengawal Israel seterusnya turut mendapati kumpulan individu tersebut sudahpun ‘hilang’ dan tidak lagi berada dalam sel penjara.

Sejurus menerima laporan tersebut, pihak polis, tentera dan agen Israel berserta bantuan anjing yang dilatih memulakan operasi bagi mengesan individu-individu yang melarikan diri dari penjara tersebut.

Lubang yang digunakan kumpulan banduan untuk meloloskan diri. Sumber: AFP

Dalam pada itu, usaha mereka sekadar sia-sia selepas gagal menemui enam banduan yang melarikan diri. Walau bagaimanapun, mereka telah mengesan sebuah lubang yang dipercayai digunakan sebagai laluan untuk kumpulan banduan ini meloloskan diri. Dipecayai proses meloloskan diri daripada penjara ini diketuai oleh bekas komander Briged al-Aqsa, Zakaria Zubeidi. 

Hanya dikorek menggunakan sudu

Lebih mengejutkan pihak berkuasa Israel, mereka seolah tidak mempunyai jawapan bagaimana lubang yang mampu memuatkan seorang dewasa ini berjaya digali dengan hanya menggunakan sudu sahaja.

Dipecayai proses meloloskan diri daripada penjara ini diketuai oleh bekas komander Briged al-Aqsa, Zakaria Zubeidi. Lima daripada enam tahanan tersebut dilaporkan telah dikenakan hukuman penjara seumur hidup kerana didakwa terlibat degnan serangan ke atas rakyat Yahudi.

Insiden yang berlaku sekaligus mengingatkan orang ramai kepada siri Prison Break yang dibintangi Wentworth Miller sebagai Michael Scofield di mana beliau bersama rakannya berpakat untuk melarikan diri dari penjara.

Nama Israel yang sebelum ini heboh di media dunia mempunyai tentera yang hebat serta kawalan sekuriti yang ketat sekali lagi dicemari berikutan insiden yang berlaku.

Tular pada minggu ini apabila muzik video Caprice menaiki Range Rover di padang pasir membuatkan netizen mempertikai ‘jihad’ yang dilakukan beliau.

Naik Range Rover Di Padang Pasir Untuk Muzik Video, ‘Jihad’ Caprice Cetus Pertikaian Netizen

Wanita Ini Lukis Stesen KTM Guna Microsoft Excel, Hasilnya Buat Netizen Tergamam

Sumber