Rakyat Malaysia cukup gemar dengan perkataan ‘jualan murah’, pasti tidak akan terlepas peluang untuk mendapatkan barangan yang mereka perlukan. Kadangkala, beli secara atas talian juga menguntungkan kerana banyak tawaran istimewa untuk didapatkan.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @axfyna telah berkongsi beberapa gambar tangkap layar hantaran Facebook yang mempromosikan barangan seperti periuk nasi dan skuter eletrik berjenama dengan harga murah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dilihat daripada gambar tersebut, harga yang ditawarkan tidak masuk akal dan dipercayai adalah satu modus operandi penipuan dimana pembayaran akan ditolak selepas anda memasukkan butiran kad.

Malah, secara automatik pembayaran akan dibuat tanpa anda perlu memasukkan nombor TAC dan anda tidak akan mendapat barangan yang dibeli. Lebih menghairankan apabila ada komen kelihatan ‘legit’ menerima barangan ditinggalkan di hantaran promosi barangan tersebut.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mengatakan bahawa ada yang sudah tertipu dengan modus operandi ini. Malah, para netizen mengingatkan orang ramai agar tidak terjebak kerana ia akan menyebabkan anda kerugian.

https://twitter.com/syuhadasapno/status/1619851435780485120

Bukan itu sahaja, ada juga netizen berkongsi bahawa rakan mereka mengetahui ianya satu penipuan tetapi tetap membelinya dengan harapan mungkin mereka ada ‘luck’. Anda dinasihatkan berhati-hati terutama sekali apabila melibatkan pembelian barangan secara atas talian.