Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Baru-baru ini Adi Putra telah mengumumkan Mira Filzah dan Imam Muda Hizbur Rahman Omar Zuhdi menjadi duta syarikatnya iaitu Hadid Travel & Tours Sdn Bhd yang menyediakan pakej umrah dan pelancongan dengan harga yang berpatutan. Syarikat Adi Putra ini turut bersekutu dengan Fa Izin International Travel & Tours Sdn Bhd sejak 2 tahun lalu.

hadid travel 1

Dengan perlantikan tersebut, Mira Filzah akan pergi mengerjakan umrah bersama keluarga buat kali ke-3 pada 4 Jun 2016 ini. Dia akan turut disertai rombongan jemaah umrah yang mengambil pakej dengan syarikat Adi Putra. Dan disusuli dengan rombongan lain bersama selebriti seperti Roslan Shah, AG dan mudir sekolah tahfiz Maulana Noor Effendi Hamid.

Pemilihan Mira Filzah dan Imam Muda Hizbur Rahman sebagai duta dibuat sebagai satu usaha untuk menarik minat golongan orang muda mengerjakan ibadah umrah ini ketika mereka masih muda dan sihat.

Saya sempat memberikan soalan kepada Adi Putra dan Mira Filzah di sesi press conference tersebut melalui Tuan Hisyamudin Fadzil, admin Denai Hati.

1. Adakah Hadid Travel & Tours ada menyediakan kemudahan untuk bakal umrah berkerusi roda (iaitu OKU fizikal)? Jika ya, terangkan kemudahan-kemudahan yang ada disediakan. Adakah harganya berbeza dengan orang normal?

Bersama pengarah urusan @faizintravel encik firdaus dan @mfmirafilzah … #farizzara #bismillahirrahmanirrahim

A photo posted by ADI PUTRA (@adpadiputra) on

Berbeza. Seperti yang En. Firdaus katakan tadi, kami mempunyai strength dan juga ground operasi di Saudi Arabia. Dan pegawai-pegawai kami semua adalah orang-orang Malaysia, bukan orang Saudi.

Jadi, kami menyediakan khidmat seperti yang macam itu di mana kita tahu itu adalah salah satu lazim dan lumrah. Dan kalau biasanya tolak kerusi roda dengan orang Saudi kadang-kadang kena sampai 300 riyal kot sampai 400 riyal pun ada. Maknanya sembelihlah kepala kambing tue kan.

Tapi dengan strength yang ada ground operasi di Saudi Arabia sendiri, kami ada pegawai di sana yang dah memang berkhidmat untuk Fa Izin Travel untuk menyediakan perkhidmatan services yang macam itu.

Baca: Bagaimana Saya Diuji Di Hadapan Kaabah Selepas Mencium Hajarul Aswad

Ada dua faktor, satu boleh info awal dan satu lagi mungkin bagi yang berumur tapi sampai sana tak larat, kita ada sediakan kerusi roda. Jadi, fasiliti itu dah ada.

Kalau untuk program ini tak perlulah (bayar). Tapi biasanya tak. Memang biasanya kita tidak ambil bayaran untuk kerusi roda, tak ada.

Kalau (orang Saudi) especially dekat sa’ie tue kan, memang mereka tunggu macam berstesen dan berkhemah. Tapi bagi saya dengan adanya kekuatan yang macam ini (ground operasi di Saudi Arabia dan pekerja orang Malaysia), bagi saya ia dapat minimalkan dari segi problem yang selalu terjadi.

2. Dari segi pemilihan tarikh ke Tanah Suci Mekah, apakah tip-tip yang boleh dikongsikan (oleh Adi Putra) untuk dalam penentuan tarikh untuk mengerjakan umrah?

Majlis sidang akhbar umrah bersama selebriti di cawangan @faizintravel Bangi.

A photo posted by Hadid Travel and tours (@hadidtravel) on

Tip-tip untuk jemaah yang nak pergi. Seperti yang kita tahu di Saudi ada cuaca yang bermusim. Kalau bulan 11, 12, 1, 2 adalah musim sejuk. Ia ada 4 season. Bila masuk sahaja bulan 3, ia dah masuk musim panas.

Dan tarikh (program umrah bersama Adi Putra) kalau kita tengok ini jatuh pada bulan 4, 5 dan 6.

Kalau macam bulan 4 dan bulan 5 dah memang musim panas dan ia belum masuk Ramadhan. Kalau Jun automatically Ramadhan kita tahu berpuasa, maknanya environment lain dan cuaca lain.

Tapi ramai juga yang ingin merasai menyambut awal Ramadhan, ada yang keinginan menyambut di pertengahan Ramadhan, ada yang ingin 10 akhir Ramadhan pun ada juga.

Ada yang tak nak puasa di sana mungkin kerana jadual mereka, so mereka akan pergi bulan 4, atau pun bulan 5. Sebab bulan 6 ni automatically bulan puasa. Bulan puasa ini kalau ikutkan tahun ke tahun ia akan sentiasa berubah.

Tarikh Islam ni tetap, tapi tarikh kita yang komersil ini akan berubah. First Ramadhan akan jatuh pada 6 Jun, kalau tak silap saya. Dan itu juga jatuh pada musim cuti sekolah.

Mungkin di situ pun ada perbezaannya juga. Macam tahun lepas, 2 tahun lalu, berpuasa bulan 7, jadi ia tak jatuh cuti sekolah. Jadi, bila jatuh cuti sekolah, maknanya secara umum tu saya (rasa) ramai yang berkeluarga akan bawa anak-anak mereka pergi mengerjakan ibadah umrah pada cuti sekolah (ini).

3. Mira Filzah terlibat dengan bisnes melibatkan kosmetik dan shawls. Adakah Mira Filzah akan mengeluarkan produk-produk berkaitan umrah dan haji di masa depan? Contoh co-venture dengan Hadid Travel & Tours.

PC Umrah bersama Selebriti @hadidtravel. #FarizZara

A photo posted by MIRA FILZAH Official ✨ (@mfmirafilzah) on

Insyaallah. Dalam masa terdekat ini mungkin tidak, sebab Mira sendiri (mahu) fokus kepada 2 bisnes (Mora Essential dan MF Shawls) ini dulu.

Tapi mana tahu pada masa akan datang sebab yang ini pun kita ambassador for long term. Jadi Mira akan bekerjasama dengan Abang Adi for long term.

Maybe kalau ada rezeki lagi 4-5 tahun akan datang ke, mungkin masa itu 2 bisnes Mira dah stabil, Mira boleh buat bisnes lain, insyaallah.

Foto: mediahiburan.my

Foto: mediahiburan.my

Adi Putra akan berada di Tanah Suci dari bulan April ini sehingga bulan Jun. Dia akan menyambut dan menguruskan para rombongan umrah sepanjang mereka berada di sana.

Kelebihan syarikat Adi Putra mempunyai base operasi di sana dengan para pekerja terdiri dari orang Malaysia akan membantu memudahkan urusan para jemaah umrah, insyaallah.

Dan penawaran harga berpatutan dan perlantikan 2 ikon muda ini diharap akan menggalakkan lebih ramai orang muda mengerjakan umrah pada usia muda.

Anda Mungkin Suka