Penulisan ini adalah bahagian ketiga pengalaman Adaha Schoeffel dan isterinya melakukan umrah DIY. Anda boleh baca bahagian 1 dan bahagian 2.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Persedian Untuk Umrah

Penerbangan dari Madinah ke Mekah tengahari nanti.

umrah-diy3-01

Jadi sediakan pakaian ihram untuk lelaki di hotel pagi ini. Nanti pasang niat umrah di Madinah.

Untuk perempuan, isteri pakai jubah dan tudung macam biasa. Tali pinggang “keselamatan” sudah pasti dan buku doa-doa untuk umrah.

Lepas pakai ihram terus tempah Uber ke lapangan terbang. Nak tukar ihram di lapangan terbang pun boleh.

Lapangan terbang Madinah adalah lapangan terbang yang baru dan selesa. Sampai di lapangan terbang Madinah, lepas selesai check-in terus kita pasang niat umrah.

Saya bawa satu set kain ihram sahaja. Sebab tau nak buat umrah sekali sahaja. Masa-masa lain yang terluang tu bagus lagi kita buat tawaf sunat.

Perjalananan Madinah Ke Mekah

(30 riyal satu perjalanan)

Untuk trip kali ini saya siap-siap tukar pakaian ihram di hotel.

umrah-diy3-02

Trip yang sebelumnya saya tukar ihram di lapangan terbang Madinah. Mana-mana tempat pun tak jadi masalah, ikut keselesaan.

Macam biasa ke lapangan terbang naik Uber dan mengambil masa dalam 20-30 minit dengan harga sekitar 30 riyal. Kereta selesa dan baru.

Yang best naik Uber sebab cashless, boleh simpan duit untuk kegunaan lain.

Asyik promote Uber je – saya tak ada kena-mengena dengan Uber atau Uber driver. Cuma saya suka penggunaan meter dan cashless transaction.

umrah-diy3-03

Untuk penerbangan domestik daftar masuk di kaunter C4, terminal satu. Disebabkan saya dah buat mobile check-in, jadi di sini cuma check-in bagasi saja.

Pak Arab yang jaga kaunter check-in pandai berbahasa English. Jadi jangan risau tentang bahasa.

Penerbangan ke Mekah cuma sejam berbanding naik bas yang makan masa 8/9 jam. (Pengangkutan bas biasanya mengambil masa 6 jam dari Madinah ke Jeddah. Apabila ditambah dengan masa berhenti/ rehat, miqat, dan trafik perlahan ketika memasuki Mekkah, 8 jam adalah anggaran yang fair.)

Perjalanan dengan bas memang meletihkan. Naik penerbangan tak penat dan sangat santai. Campur-campur masa menunggu di balai berlepas, masih kurang masa berbanding naik bas.

Penerbangan Domestik
Di Saudi penerbangan domestik agak murah. Jeddah ke Madinah cuma sekitar 100-150 Riyal. Gunakan penerbangan domestik sebab lagi mudah dan tak penat.

Boleh rujuk laman web di bawah:

www.flynas.com
www.saudiairlines.com

Lapangan terbang

Lapangan terbang Madinah sangat selesa. Orang pun tak ramai. Mungkin sebab ramai naik bas atau teksi ke Mekah. Penerbangan yang kami naik ni dalam 20% orang yang berpakaian ihram. Mostly locals.

umrah-diy3-04

Ada kafe, surau, WiFi, tempat menunggu yang selesa dan kemudahan yang terbaik.

Di sini boleh tukar pakaian ihram, solat sunat ihram dan terus pasang niat umrah. Jadi segala pantang larang bermula disini.

Labbaik Allah humma labbaik
Labbaik la sharika laka labbaik
Innal hamda
Wan-ni’mata
Laka walmulk
Laa sharika lak.

Meaning:
O my Lord, here I am at Your service, here I am.
There is no partner with You,
here I am.
Truly the praise
and the provisions are Yours,
and so is the dominion and sovereignty.
There is no partner with You.

Pilihan perjalanan dari Madinah ke Mekah

Ada beberapa pilihan pengangkutan di sini:

umrah-diy3-05

1. Bas SAPTCO – dalam 65 riyal seorang.

Bas sangat banyak dan boleh pilih mana yang kena dengan jadual.

Bas besar dan selesa. Ambil masa 8 jam dari Madinah ke Mekah.

Kelebihan: Murah dan kerusi yang selesa.
Kekurangan: Susah sikit nak ke terminal bas. Letih sebab lama sangat dalam bas 8 jam. Ada masa berhenti untuk makan dan lepas hajat.

2. Teksi – 450 riyal satu perjalanan.

Like page “umrah teksi” di page FB. Boleh diharap, murah dan servis tip top.

Tapi kena tempah lebih awal sebab selalu abis. Masa perjalanan dalam 4-5 jam.

Kelebihan: Door to door service.
Kekurangan: Pak Arab pandu laju sangat, hati kena kental. Kena tahan jiwa dalam masa 4-5 jam.

3. Penerbangan: 150 riyal seorang menggunakan Flynas atau Saudi Airlines.

Masa perjalanan sejam dari lapangan terbang Madinah ke lapangan terbang Jeddah.

Dari Jeddah ke Mekah ambil masa 1 jam 15 minit dengan teksi dalam 250 riyal satu perjalanan.

Kalau pakai teksi kongsi 50 riyal seeorang. Boleh jimat di sini. Harga tetap, kalau dia minta lebih dari ini, jangan ambil. Harga standard 250 riyal.

Kelebihan: Selesa dan tak penat. Masa pantang yang pendek.
Kekurangan: Kena nego dengan pemandu teksi tetapi dengan Uber semua senang.

Pilihan kami: Kapal terbang!

Dari Lapangan Terbang Jeddah ke Mekkah

Sampai di lapangan terbang Jeddah dalam tengah hari. Oleh kerana penerbangan domestik, pemeriksaan imigresen tak perlu. Jadi senang dan tak perlu lagi menunggu.

umrah-diy3-06

Kami terus keluar dari balai ketibaan untuk cari teksi.

Atau dengan lebih tepat lagi, tunggu diserbu oleh pemandu teksi. Untuk satu teksi dari Jeddah ke Mekah harganya memang tetap 250 riyal.

Teksi sapu atau teksi lapangan terbang sama sahaja harganya.

Tapi, entah macam mana ada satu pakcik teksi ni ajak naik teksi sekali kongsi dengan penumpang lain. Dan harganya cuma 50 riyal sekepala.

Jadi kalau nak jimat, naik teksi kongsi-kongsi dengan jemaah lain. Jangan risau, ini teksi lapangan terbang dan kereta jenis besar macam Toyota Innova.

Dari lapangan terbang Jeddah ke Mekah ambil masa lebih kurang sejam.

Hotel Di Mekah (Al-Safwah Royal Orchid)

650 Riyal satu malam.

Tiba di kota Mekah dalam pukul 2 petang. We just straight to check-in at Hotel Al-Safwah Royal Orchid. Letak beg, terus masuk ke Masjidil Haram.

Hotel ini memang terletak betul-betul depan perkarangan masjid.

Di hotel ini ada disediakan dewan solat yang bersambung dengan Masjidil Haram. Kita boleh solat jemaah di dewan solat ini dengan jemaah di Masjidil Haram.

Harga semalam via Booking.com kami dapat dalam 650 riyal semalam termasuk sarapan. Kami menginap 5 malam.

Kalau nak dikira hotel ini dalam mid to high range sebab ‘location, location, location’.

Dalam hotel ni ada shopping mall dan food court yang sangat memudahkan. Tak payah nak keluar ke tempat lain sebab dia bersambung dengan eskalator hotel.

Restoren Malaysia kepunyaan Felda DiSaji pun bertempat di food court hotel ini.

Lagi sekali, nak hotel murah memang ada dan banyak pilihan. Pilih saja di internet.

Macam biasa, makin jauh dari masjid makin murah. Ada 400 meter, 600 meter, 800 meter dan sebagainya.

Saya nasihatkan kalau boleh pilihlah yang dekat sikit dengan masjid kalau ada bajet. Untuk kemudahan sendiri dan memang tak menyesal dekat dengan masjid.

Bayar lebih sikit. Rugi dunia sikit tak apa, asalkan untung akhirat. Duit habis bulan depan kita boleh cari, tapi masa kita tak boleh beli.

Kalau pakai travel agent dengan harga 6 ribu seorang untuk umrah DIY memang tak dapat dengan hotel di perkarangan masjid.

Saya dah bandingkan dan harga sekurang-kurangnya dalam sekitar 9-10 ribu. You do the math and numbers won’t lie.

Dahlah umrah DIY ni naik penerbangan dari Madinah ke Jeddah. Fleksibel lagi tu.

Baitullah

Lepas letak beg, kami terus ke Masjidil Haram untuk buat solat Tahayatul Masjid dan Jama’ Zohor dengan Asar.

umrah-diy3-07

Kemudian, terus tawaf tujuh pusingan dalam pukul 3 petang dan selesai tawaf dalam 35 minit lepas tu.

Tawaf adalah ibadat yang macam solat, kena berwudhu’. Kalau batal wudhu masa tengah tawaf, boleh ambil wudhu’ di kawasan air zam zam atau lagi mudah kalau ada botol air spray.

Saie tak perlu ada wudhu’. Nanti belajar semua ni dalam kursus umrah atau boleh rujuk kepada yang pakar.

Cuaca di Mekah memang agak panas berbanding Madinah, tapi panas Mekah tak sama dengan Malaysia.

Oleh kerana sini tak berapa humid, walaupun panas, tapi kita tak berpeluh macam di Malaysia. Masa saya di sini di antar 32-42 darjah Celcius.

Siap hujan lagi ada sekali tu.

Masa saya sampai di sini Mataf dah dibuka sepenuhnya. Jadi perkarangan tawaf dah tak sesak macam dulu.

(FEELING = PRICELESSSS!)

Semasa bertawaf hati tiba-tiba ditusuk dengan perasan yang hiba.

umrah-diy3-08

Subhanallah, tak sangka dipanjangkan umur dan diberi kesempatan untuk sampai ke sini lagi.

Satu perasaan yang susah di gambarkan dan no words can explain.

Perasaan kerdil, kecil, malu dan hina semuanya ada. 1-to-1 dengan pencipta. Rahsia kita hanya Allah yang tahu. Ibarat kita ditelanjangkan dengan dosa yang kita dengan Allah sahaja yang tahu.

Rasa syukur, nikmat tak terhingga dengan dosa yang banyak pun kita boleh menjejak kaki dan melihat Kaabah betul-betul di depan mata.

Perasan malu dan tak layak bila berhadapan dengan Kaabah.

Ustaz ada pesan untuk jangan berputus asa dengan dosa yang banyak, sesungguhnya Allah itu maha penyayang.

Dia boleh ampunkan dosa kita begitu sahaja asalkan kita tak berputus asa dengan Dia.

Janganlah berputus asa, sesungguhnya Allah maha penyayang. Don’t give up please… Allahuakbar…

Saie

Lepas tawaf kemudian terus ke pintu yang ada lampu hijau untuk buat saie.

umrah-diy3-09

Saie antara Bukit Marwah dan Bukit Safa mengambil masa dalam 30-40 minit bergantung kepada trafik. Jarak keseluruhan lebih kurang 3km perjalanan.

Semasa buat Saie ini dalam kepala selalu berfikir dengan kisah Siti Hajar yang disebutkan dalam Al-Quran.

Bagaimana kasih seorang ibu terhadap anaknya yang menangis kelaparan. Kebergantungan hanya kepada Allah.

Di saat-saat yang genting dalam kehausan dan kelaparan berlari dari Bukit Safe ke Marwah. Begitu kuat pergorbanan kasih ibu kepada anak nya.

Masa ini perasan sedih dan hiba teringat ibu di Malaysia.

Di lampu hijau ni, lelaki disunatkan untuk berlari-lari anak sambil baca doa-doa tertentu. Doa boleh rujuk di buku-buku panduan umrah dan haji.

Tahallul

Bercukur – 10 Riyal sekepala.

umrah-diy3-10

Lepas buat saie, akhir sekali bercukur. Tapi sebenarnya lepas saie saya dah potong rambut sikit untuk melepaskan syarat.

Kemudian, saya terus bergerak ke arah Menara Jam untuk pergi barber shop yang agak banyak. Kos bercukur cuma 10 riyal.

Me: Sir, can you give the most hipster cut in this town..

Hairstylist: wokayyy! Amma…(zass…zass) siapp!!

Me:

Alhamdulillah, sempurnalah umrah yang sangat simple dan ringkas. Set niat pukul 12 tghri, waktu asar dah complete umrah. Tak sampai pun 5 jam. Ini semua sebab perjalanan yang panjang dari Madinah ke Mekah dipendekkan dengan menaiki kapal terbang. Badan pun tak letih dan segalanya mudah. Simple je umrah DIY ni.

Lepas tahallul, kami terus ke bilik untuk mandi dan tukar pakaian. Lepas tu late lunch dan rehat sekejap di bilik.

Datang semula ke masjid untuk solat Magrib dan Isya’.

Lupa semua segala urusan dan masalah dunia, di sini memang fokus 100% untuk beribadat dan memperbanyakkan bertasbih untuk bekalan hari akhirat.

Rindu hati telah pun terubat.

Waktu Solat – Datang Awal Sejam

Kebiasaannya, kami datang sejam sebelum masuk waktu solat dan beredar sejam lepas waktu solat. Semua ini sebab tak nak bertempur dengan orang ramai.

umrah-diy3-11

Masa-masa yang terluang tu dihabiskan dengan bacaan al-Quran dan solat-sola sunat.

Untuk solat Jumaat, 2 jam sebelum Zohor pintu dah ditutup sebab dalam masjid dah penuh. Jadi, untuk solat Jumaat datanglah 3-4 jam awal. Perempuan pun boleh ikut sekali sembahnyang Jumaat.

Kalau telefon anda ada fungsi FM Radio. Bawa earphone ke masjid untuk mendengar khutbah Jumaat versi Bahasa Malaysia secara live dari radio.

Frekuensi dia ada diletakkan di banner di dalam masjid. Masa ni saya lupa nak bawa, jadi tak faham apa pak imam dok bagi khutbah sambil menangis. Rugi.

Aktiviti Free & Easy

Oleh kerana kami umrah DIY, banyak masa kami habiskan di Masjid. Kami tak terikat untuk sertai aktiviti rombongan travel agent.

umrah-diy3-12

Kalau sendiri rasa nak pergi ziarah pun boleh buat sendiri naik Uber atau teksi. Tetapi kami memilih kebanyakan masa untuk beriktikaf, solat sunat dan banyakkan baca al-Quran di masjid.

Kalau nak buat umrah sekali lagi pun boleh, cuma amik teksi ke *Tanaeem dan pasang niat di sana.

Masa kursus umrah ustaz ada cadangkan untuk banyakkan tawaf sunat. Jadi kami buat tawaf sunat setiap hari.

Di kaabah pun berpuluh ribu malaikat mengaminkan doa kita, jadi rugilah kalau terlepas peluang. Bukan senang nak dijemput ke rumah Allah ni.

Saya ada bersembang dengan pakcik dari Malaysia yang menyedarkan saya betapa beruntungnya kita dijemput menjadi tetamu Allah.

Berbillion umat manusia, tapi kita ada istimewa menjadi tetamuNya.

Walaupun kita ada duit yang banyak, masa yang banyak, dan kesihatan yang baik tetapi kalau jemputan tak diterima memang kita takkan dapat menjejaki di bumi yang diberkati ini.

Saya tengok ramai orang daripada pelbagai latar belakang, miskin, kaya, tua, muda, sakit, sihat, orang timur, orang barat, dan bermacam ragam.

Jadi saya fikir, semua jenis latar belakang tak menjadi masalah, bila dah dapat jemputan, semuanya jadi!

Semoga anda semua pun diberikan kesempatan dan dijemput menjadi tetamu Allah. Amin!

*Kredit kepada Noreen Zarina sebab betulkan miqat paling hampir ialah Tanaeem.

6. Makan dan Minum Di Mekah

(30 Riyal satu hidangan, cukup untuk dua orang.)

Sekali lagi, makan dan minum bukanlah menjadi masalah besar untuk kami. Sebab di Saudi semua sah halalan toyiban!

umrah-diy3-13

Setelah beberapa hari kami makan nasi Arab, teringin pulak nak makan masakan Melayu. Di foodcourt Al-Salfwah Tower ada restoran Felda Dsaji.

Masakan sangat sedap dan sama rasa macam di Malaysia. Harga pula untuk dua orang dalam 27 riyal dengan 2 atau 3 lauk beserta nasi.

Ramai juga jemaah dari Malaysia jadikan foodcourt ini port lepak minum teh tarik dan restoran ini buka 24 jam.

Mungkin ramai dah bosan dengan makanan hotel, jadi mereka datang sini lepak untuk makan makanan Malaysia atau Middle Eastern. Nak fastfood pun ada.

Rata-rata per meal bermula dari 15 riyal dan portion dia boleh makan untuk dua orang.

Pembinaan Di Mekah

Pembinaan masih berjalan di Makkah. Sesetengah kawasan dalam Grand Mosque masih ditutup kepada orang awam. Projek pembesaran mega ini hampir siap.

umrah-diy3-14

Dilaporkan pembinaan kini 95% siap selepas berjalan selama 30 bulan tanpa henti. Ia sepatutnya siap pada akhir tahun ini dan masih mengikut jadual.

Disasarkan pembesaran ini mampu menampung seramai 105,000 orang melakukan ibadah tawaf dalam masa sejam dan seramai 3 juta orang dapat solat pada satu-satu masa.

Rasanya tahun depan Masjidil Haram sudah selesa untuk dikunjungi. Pembinaan dah siap dan ruang solat makin besar.

1. Kren, kren di mana-mana.

Mereka mengambil langkah-langkah keselamatan dengan lebih ketat selepas kejadian maut tahun lepas.

Pagar untuk memasuki Masjidil Haram akan ditutup satu jam sebelum azan. Mungkin cara crowd management dengan ruang had yang ada.

Di dalam dewan solat kita dapat melihat saluran pendawaian kabel dan pengudaraan udara. Sesetengah kawasan ditutup.

2. Pembukaan (dismantling) mataf (tawaf sementara) sedang dijalankan. Kerja-kerja dijangka siap pada akhir bulan Mei.

3. Di dalam kompleks solat. Kawasan ini telah direka semula untuk memberi lebih banyak ruang kepada orang ramai. Dijangka 3 juta orang boleh solat pada masa yang sama apabila pembinaan siap.

4. Apabila saya menaiki eskalator untuk kelua , saya dapat melihat kabel dan pengudaraan udara di atas.

Agaknya macam mana keadaannya apabila siap nanti. Insyaallah nanti lagi 2 tahun kami datang lagi.

Menara Jam

1. The Makkah clock tower observation center located at the top section will open to public by end of this year.

umrah-diy3-15

Surely it will give the whole new perspective to the city of Makkah from the top. This photo taken after the heavy shower yesterday.

Bangunan yang berwarna coklat bersebelahan menara jam adalah hotel kami.

2. Gambar diambil dari menara jam.

Pusat membeli belah yang sangat besar dan bertingkat-tingkat. Macam-macam pilihan ada untuk shopping di sini.

3. Bila observation center buka, ticket boleh dibeli di Ground Floor.

Harga masih belum ditetapkan dan mungkin buka selepas Ramadhan atau selepas musim Haji.

4. Menara jam ini memang berguna untuk oriented our self. Jadi taklah sesat.

Subuh Terakhir Yang Istimewa

Lepas 6 hari di Mekah, tibalah hari terakhir. Sekejap je tak rasa.

umrah-diy3-16

Untuk trip umrah kali ni memang agak istimewa sedikit.

Berkat usaha lepak di masjid membaca al-Quran sebelum dan selepas solat, sedar-sedar kami dah dipenghujung muka surat al-Quran.

Alhamdulillah, kami berdua membaca surah-surah terakhir al-Quran bersama-sama di depan Kaabah dan khatam al-Quran.

Kepuasan yang tak ternilai sebab kami bukanlah dari orang-orang yang alim, nak baca al-Quran di rumah pun payah, tetapi dengan usaha dan izin Allah kami berjaya khatam depan Kaabah. Suatu kenangan yang manis.

Kemanisan ibadah = Priceless feeling! Memang tak sangka-sangka dan gembira bukan main. Semoga ibadah diterima dan anda pun bolehlah cuba kaedah kami ini. Insyaallah!

Perjalanan Balik Dari Mekah Ke Lapangan Terbang Jeddah

Setelah 6 hari di Mekah, tibalah masa untuk balik. Sekejapnye! Tak rasa pun!

umrah-diy3-17

Lepas tawaf wada, kami bergegas ke hotel dan cari teksi. Jangan pula lepas tawaf wada buat benda-benda yang boleh membatalkan tawaf wada kita.

Apa yang boleh membatalkan tawaf wada kita? Sila pergi kursus umrah atau baca buku-buku umrah.

Salah satu hikmah pergi umrah berdua atau bersama keluarga ni, talian kekeluargaan akan lebih rapat.

Maklumlah, masing-masing sibuk dengan urusan dunia masing-masing, bila sampai sini saya terlupa dengan duniawi.

World is all about ibadah and my wife. Also, i like to think about umrah as spiritual retreat to clean and fill your heart with something that can’t be fulfill with duniawi.

Saying good-bye never get easier. Passing the holy city’s buildings, busy streets full with people and rocky hills, i felt humbled but also energized.

Eager to get start continuing our temporary journey.

Everytime i visit these places, i learnt and experienced new things. I hope I can get an invitation again, so I can return to the place that touches my heart and soul.

Teksi Dari Mekah Ke Jeddah Lapangan Terbang

250 Riyal satu perjalanan.

Untuk pergi ke lapangan terbang, kami mengambil keputusan untuk menyewa teksi dengan harga tetap sebanyak 250 riyal.

Harga ini memang harga tetap dan tak boleh dirunding. Kalau nak lagi murah boleh naik teksi yang kongsi dengan orang lain harganya 50 riyal seorang.

Teksi ini kami dapat di kaunter teksi terletak di lobi hotel. Lepas bayar 250 riyal, kami diberi kupon dan terus ikut pemandu teksi ke kereta yang terletak di lobi hotel.

Beg kami yang besar-besar ini semua bell boy dan pemandu teksi yang angkat. Untuk saguhati dan sedekah, saya bagi tip (duit) kepada mereka.

Pada pendapat saya, urusan teksi adalah urusan yang paling senang sekali. Tak perlulah kita tergopoh gapah nak aturkan teksi dari Malaysia.

Sebab di sini teksi memang banyak dan boleh diuruskan bila-bila masa.

We can just walk in the street dan terus dapat teksi. Adalah ruang fleksibel untuk Umrah DIY anda.

Tenang je, jangan risau-risau dan kelam kabut. InsyaAllah akan dapat teksi.

Kereta yang digunakan adalah Toyota Camry. Jadi memang selesa kami berdua duduk belakang dan ada privasi.

Perjalanan memakan masa dalam 1 jam 15 minit bergantung kepada trafik. Bila meninggalkan kota Mekah, hati mula rasa sayu sebab nak tinggalkan tempat suci.

Air Zam Zam Di Lapangan Terbang Jeddah

(9 Riyal – satu botol 5 liter).

umrah-diy3-18

Untuk membawa air zam zam balik Malaysia, ia boleh dibeli di lapangan terbang dengan harga 9 riyal untuk 5 liter. Air zam zam dah dipek cantik-cantik dalam kotak dan ada double protection dengan plastik di dalamnya. M

Mengikut kajian yang saya dah buat, hanya yang berkotak macam ini boleh bawa masuk ke dalam penerbangan. Satu botol seorang dan tak boleh lebih.

Kalau bawa botol besar extra dan nak check-in memang airline tak bagi. Kesilapan besarlah untuk orang yang susah-susah bawak botol-botol besar dari Mekah, tapi tak dapat nak bawak balik.

Banyak botol-botol ditinggalkan macam itu sahaja di lapangan terbang sebab tak memenuhi piawaian Saudi Airlines.

Jadi jangan cari masalah dan menyusahkan badan. Ikut saja peraturan yang ditetapkan.

Kalau pergi dengan travel agent pun di sini juga mereka beli untuk kita. Lagipun kotak dan botol sangat kemas dan boleh diberi sebagai hadiah kepada ahli keluarga.

Lepas bayar di kaunter seperti gambar di atas, kotak-kotak boleh diambil sendiri yang terletak di sebelah kaunter pembayaran.

Tip nak bawa juga air lebih: Botol-botol kecil macam air mineral boleh bawa masuk either letak dalam bag atau bwk dengan tangan. Kami pack 5 botol air zam zam dan 1 botol 1 liter dalam bag yang kami check-in. Cara macam ni takpe, asalkan jangan bawak yang botol2 besar handcarry memang tak boleh.

Di Lapangan Terbang Jeddah

Lepas beli air zam zam yang terletak di pintu masuk terminal, kami terus lepak di ruang legar lapangan terbang.

Oleh kerana kami dah buat mobile check-in, jadi cuma tinggal drop bag dan masuk ke balai berlepas. Sebagai peringatan, lapangan terbang di Jeddah tak efisyen macam lapangan terbang Madinah dan Riyadh.

Jadi, kita kena selalu alert dan rajin bertanya. Lagipun lapangan terbang di Jeddah sangat sibuk. Kalau sudah masa boarding tapi kaunter check-in tak buka lagi, jangan berlengah dan terus tunggu. Terus redah dan tanya!

Jangan bersopan santun sangat sebab petugas kaunter check-in sangat sibuk! Kadang-kadang bukan mereka tak nak layan, tapi mereka sangat sibuk.

Check-in 23kg seorang tak termasuk air zam zam.

Check-in bagasi di kaunter check-in dan air zam zam di tempat yang lain. Tak jauh dari kaunter check-in, cuma sebelah menyebelah.

Kemudian, urusan imigresen dan tunggu penerbangan balik.

Tiba Di Malaysia

Alhamdulillah dah selamat sampai lepas 7 jam 50 minit penerbangan terus dari Jeddah ke KLIA dalam jam 4 petang.

umrah-diy3-19

Apa yang sepatutnnya jadi London-Barcelona-Madrid-Seville-Malaga-Andalucia trip telah dibatalkan menjadi Madinah-Mekah trip.

Semua tiket burned dan duit terbang. Kita hanya merancang. Hanya Allah ah sebaik baik perancang. Tak menyesal langsung!

Patutlah Dia cancel trip ke Eropah, rupanya Dia nak suruh jadi tetamu istimewa di Tanah suci. I’ve travelled so many places in this world but nothing can beat the Mekah & Madinah.

Semoga travelog ini menjadi sedikit panduan untuk semua yang berhasrat mengerjakan umrah DIY di masa depan. Umrah DIY sebenarnya mudah daripada yang kita sangkakan.

Dengan kemudahan internet, semua menjadi mudah dan saya jangkakan makin ramai akan buat umrah DIY di masa hadapan.

Terutamanya golongan muda bekerja yang perlukan flexibility and total control on budget, requirements and timing.

Penting juga untuk buat kajian sendiri dalam internet. Dapatkan semua maklumat dan nilai sendiri reviews dari orang lain.

Penulisan ini mungkin jadi pencetus dan kick start umrah DIY. Tiada yang mustahil dan jangan risau-risau banyak sangat.

Bila kita dah dijemput menjadi tetamu-Nya, Allah akan sentiasa memelihara kita sepanjang perjalanan, cukupkan makan minum dan tempat tinggal kita.

Allah adalah sebaik baik perancang. Yakinlah. Jadi apa nak takut dan risau tak tentu hala? Jika niat anda baik pasti Allah permudahkan jalan.

Saya doakan semua tercapai hajat untuk dijemput ke rumah Allah dan juga tolong doakan segala kebaikan untuk kami. Amin!

(Tuan Adaha ada mengumpulkan soalan-soalan lazim dan menjawabnya satu persatu. Ikuti FAQ dalam bahagian keempat).

Setelah mendapat banyak permintaan, Tuan Adaha merangkumkan pengalaman Umrah DIY beliau dalam sebuah e-book. Ia boleh didapati di Payhip atau Maybank transfer (rujuk nota akhir) pada harga RM10. RM5 akan disalurkan ke rumah-rumah kebajikan anak yatim sekitar Lembah Klang manakala selebihnya untuk menampung kos operasi webhosting, Paypal dan Payhip.

Artikel di atas disumbangkan oleh Adaha Schoeffel. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group