Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Sebelum ini kerajaan telah mengumumkan penangguhan sementara kebenaran perjalanan untuk menunaikan ibadah umrah bermula 8 Januari ini susulan peningkatan kes Omicron dalam kalangan jemaah.

Pengumuman tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen mempersoalkan tindakan kerajaan. Mana tidaknya, kini penularan kes varian Omicron di United Kingdom juga makin meningkat tetapi tidak pula disekat perjalanan.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Tidak hanya itu, ramai yang meluahkan kekecewaan kerana hasrat menunaikan umrah terpaksa dibatalkan. Malah, orang ramai mahu perjalanan keluar masuk ke negara lain tanpa urusan penting turut disekat bagi mengelakkan kemasukan varian baru ke dalam negara.

Akan tetapi, ada juga yang berpendapat bahawa keputusan yang dibuat berdasarkan statistik penggembara yang positif COVID-19 daripada sesuatu destinasi dan tidak adil pukul rata semua negara kerana banyak pihak akan terkesan.

Menurut statistic, penularan varian Omicron di United Kingdom telah mencapai 78% dimana ia penularan tertinggi selepas varian Delta yang hanya menular sebanyak 22% sahaja.

Menurut laporan, semua industri yang terlibat dengan perkhidmatan umrah dijangka menanggung kerugian RM60 juta dalam tempoh sebulan ini. Menurut Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah Dan Haji (Papuh) Datuk Seri Razali Mohd Sham, setakat ini seramai 10,000 jemaah sudah berdaftar untuk menunaikan umrah bermula bulan ini.

Lalu, agensi tersebut bakal menanggung kerugian RM60 juta apabila mereka ini tidak dapat menunaikan umrah. Jika ia berlanjutan lagi dalam tempoh tiga bulan, jumlah kerugian akan meningkat sehingga RM200 juta dan sebab itu Papuh meminta kerajaan menunda keputusan itu bagi tempoh sebulan lagi.

Sementara itu, klik pautan di bawah untuk ketahui keputusan kerajaan berkaitan penangguhan perjalanan umrah. 

Kes Omicron Libatkan Jemaah Meningkat, Kerajaan Tangguh Sementara Umrah Mulai 8 Januari Ini

‘Kemungkinan Besar Gelombang Omicron Akan Mula Di Malaysia’ – Khairy Jamaluddin