Pelumba motosikal negara yang cukup bangga dengan memakai nombor ’55’, Hafizh Syahrin Abdullah telah mengejut seluruh peminat sukan permotoran apabila beliau mengesahkan bahawa tahun ini adalah perlumbaan terakhirnya dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).

Menurut Hafizh, ada beberapa faktor yang menyebabkan beliau terpaksa membuat keputusan untuk memberhentikan kariernya. Salah satu faktornya beliau menghadapi kesukaran untuk mendapatkan keputusan terbaik bersama pasukan NTS RW Racing GP.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@aadmfrhnn

Thanks for 8years #fyp #foryou #viral2021 #hafizhsyahrin #hs55 #sekpejuang #sad #motogp #legends

♬ Tell Me Why I’m Waiting – Timmies/Shiloh

Pada hari semalam, Hafizh telah memuat naik sebuah video di akaun TikTok rasminya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokongnya sepanjang 8 tahun dalam karier sukan permotoran.

“Terima kasih semua yang sokong saya sampai sini dan bantu saya selama ini. Saya tidak akan lupakan anda semua, mana yang baik saya ambil, yang buruk saya lupakan,” ucap Hafizh Syahrin pada ruangan komen video TikTok tersebut.

Sumber Gambar: TikTok @ahaanss

Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada peminat-peminatnya yang bersedih dengan pengumuman rasmi dibuat oleh pelumba negara yang terkenal dengan julukan ‘El Pescao 55’.

Rata-rata ramai terkejut serta masih berharap agar ada pihak-pihak akan tampil bagi membantu Hafizh Syahrin meneruskan kariernya yang mempunyai peluang cerah untuk terus bersaing di arena pentas antarabangsa.

Sumber Gambar: TikTok @ahaanss
Sumber Gambar: TikTok @ahaanss
Sumber Gambar: TikTok @ahaanss
Sumber Gambar: TikTok @ahaanss
Sumber Gambar: TikTok @ahaanss
Sumber Gambar: TikTok @ahaanss

Antara faktor lain yang menguatkan lagi Hafizh Syahrin membuat keputusan untuk menghentikan kariernya di arena pentas antarabangsa ialah membawa tajaan wang tunai kepada pasukan Eropah.

“Sebab saya tidak kekal pada MotoGP kerana pasukan Eropah memerlukan suntikan dana ­mahupun penaja. Saya bukan tidak minat cara macam itu tetapi saya yakin saya mampu berikan sai­ngan, jadi kenapa saya perlu bawa duit untuk pasukan?

“Kemudian kalau mereka gagal menyediakan jentera terbaik, pasti saya juga menanggung rugi,” terang pelumba motosikal berbakat ini.

Pada masa yang sama beliau juga tidak menolak untuk bersaing dalam pertandingan lain seperti Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) atau Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) pada masa akan datang.

Setelah SIC dan Petronas membuat pengumuman mengejut untuk menarik diri daripada menaja pasukan SRT, kini pasukan tersebut dikenali ‘RNF MotoGP Racing’. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Setelah Petronas Dan SIC Tarik Diri, SRT Kini Dikenali Sebagai ‘RNF MotoGP Racing’

Petronas Tarik Diri Daripada Menaja Pasukan ‘Sepang Racing Team’

Selepas Petronas, SIC Pula Tarik Diri Daripada Menaja Pasukan SRT

Sumber