Berjaya menjadi syarikat nasional dengan penjualan kereta terbanyak sudah pastinya berjaya menarik perhatian pelabur. Itulah yang dihadapi oleh Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) yang konsisten memperoleh keuntungan melebihi RM400 juta setahun sejak 2012.

Terbaru, UMW Holdings Bhd selaku syarikat dibawah Permodalan Nasional Berhad yang menjalankan bisnes melibatkan automotif, barangan pembuatan dan industri dikatakan berminat untuk membida Perodua bersama MBM Resources Bhd dengan nilai mencecah RM 1 bilion.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

e07e5bafd76755d02306e70b3ecc3e92

Berdasarkan rundingan yang dibuat, UMW Holdings berminat untuk melabur sebanyak RM418 juta buat Perodua dengan nilai pegangan sebanyak 10% manakala RM501 juta bakal dilaburkan buat MBM Resources dengan nilai pegangan 50.1%.

Setakat ini, ketiga-tiga syarikat ini masih lagi di dalam rundingan. Dikatakan harga yang ditawarkan UMW Holdings belum cukup memukau untuk membuatkan Perodua dan MBM Resources memilih untuk menjual saham mereka.

t9882-copy

Kerjasama diantara ketiga-tiga syarikat ini membolehkan mereka memperoleh lebih banyak peluang bisnes berikutan penawaran kepakaran yang pelbagai.

Untuk pengetahuan anda, UMW Toyota Motor juga merupakan sebahagian daripada syarikat dibawah kendalian UMW Holdings selain daripada Daihatsu dan Hino Malaysia.

Sumber