Minggu lalu, tular kisah seorang pemuda bernama Hafidz yang bermurah hati menjual sushi pada harga hanya RM1. Bukan itu sahaja, setiap hari Jumaat beliau akan menyumbangkan 50 biji sushi kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Apabila ditanya apa yang membuatkan beliau berbuat demikian, Hafidz menjawab beliau dilahirkan di dalam keluarga golongan kelas pertengahan. Jadi, peluang untuk makan sushi amatlah jarang kerana harganya yang biasanya mahal.

Ek65mKoUcAAnm3A
Sumber Twitter

Menurut Hafidz, pada mulanya perniagaan yang berpusat di AU5 berhadapan SK Lembah Keramat itu tidak mendapat sambutan kerana mereka tidak biasa dengan konsep sushi yang dijual di luar tetapi lama-kelamaan terdapat beberapa pengunjung tetap yang singgah ke kedai beliau.

Selepas tweet beliau viral, perniagaan beliau bukan sahaja berkembang pesat bahkan terdapat beberapa penerbitan majalah telah bertemu beliau dan menulis mengenai perniagaannya .

Baru-baru ini, seorang uncle Cina bernama Kelvin Lim yang pemurah telah membayar 1,000 biji sushi untuk derma Hafidz yang seterusnya.

ElaNYabU0AAlL83
Sumber Twitter

Mereka bertemu pada 28 Oktober 2020 lalu dan Kelvin telah menyerahkan duit untuk 1,000 biji sushi tersebut.

“Hafidz, keep it up. Kita semua darah sama warna. Merah semua. We should help each other,” antara pesanan Kelvin untuk Hafidz yang dikongsikan beliau di Twitter.

Buat anda yang mahu merasa sushi RM1 ini atau turut mahu belanja Sushi seperti Kelvin, boleh mesej beliau di sini. Semoga perniagaan Hafidz akan terus maju di masa akan datang.

Ini pula artikel berkaitan sushi yang lain jika anda penggemar sushi. Klik pada pautan di bawah.

Kod Hijau Di Dalam Filem The Matrix Rupanya Adalah Resepi Sushi

Rasai Keunikan Rasa Pizza Dan Sushi Ulat Sagu Di Restoran D’Place Kinabalu