Pada hari minggu lalu tular satu rakaman video seorang wanita bermain flying fox sambil memegang anaknya. Tindakan wanita itu telah mendapat perhatian pihak polis dan kertas siasatan telahpun dibuka setelah mendapat laporan mengenai insiden tersebut.

Tidak berakhir di situ saja, netizen bertambah marah dengan pihak penganjur aktiviti flying fox di Kuala Kubu Baru itu apabila tular satu rakaman video di mana dua kanak-kanak kecil berpelukan membuat aktiviti tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pada awal video itu kelihatan seorang petugas aktiviti itu ‘melepaskan’ dua kanak-kanak dari titik permulaan turun ke bawah. Walaupun dua orang membuat aktiviti tersebut, cuma seorang sahaja yang diberikan topi keledar keselamatan. Namun saiz topi biru tersebut lebih besar daripada kepala kanak-kanak itu sehingga senget apabila dipakainya.

Dalam masa yang sama, kanak-kanak bertopi biru itu juga memegang action cam  untuk merakam sepanjang perjalanan mereka turun dari starting point mereka dilepaskan turun ke bawah.

Sementara itu, pada durasi yang ke-25 saat kelihatan muka kanak-kanak bertopi biru itu ‘berlanggar’ dengan tali yang mengikat kedua-duanya apabila mereka hampir sampai di titik tamat.

Nyata netizen ini bukanlah cara yang betul untuk menjadikan anak-anak lebih berani dengan mendedahkan mereka terhadap aktiviti berbahaya yang hanya sesuai untuk golongan dewasa.

Sumber Gambar: Facebook Siti Julaiha
Sumber Gambar: Facebook Siti Julaiha
Sumber Gambar: Facebook Siti Julaiha

Orang ramai berharap agar pihak-pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dan mengenakan tindakan tegas terhadap penganjur kerana ‘mengabaikan’ keselamatan peserta seperti membenarkan kanak-kanak di bawah umur bermain dan tidak menyediakan kelengkapan keselamatan yang mencukupi.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran video itu telah mendapat lebih 2,000 kali perkongsian dan orang ramai mengambil serius terhadap tindakan penganjur serta ibu bapa kepada kedua-dua kanak terbabit yang membenarkan mereka melakukan aktiviti berkenaan.

Terdahulu polis telah membuka kertas siasatan terhadap seorang wanita yang memegang budak ketika buat aktiviti sukan lasak flying fox.