Membincangkan tentang jenama sukan dari China, sudah pastinya isu ciplak dan copyright antara yang tidak terlepas. Malah, isu ini menjadi lebih serius apabila terdapat sebuah jenama yang dikenali sebagai ‘Uncle Martian’ secara rasminya telah meniru rekabentuk sneakers keluaran Sneakers keluaran Under Armour secara terang-terangan.

Lebih parah, logo yang digunakan juga seakan sama seperti Under Armour. Cumanya ditambah dengan sedikit penambahan yang dikatakan ‘diinspirasikan’ daripada logo Fred Perry. Berikut merupakan perbezaan diantara kedua-dua logo ini.

https-blueprint-api-production.s3.amazonaws.comuploadscardimage74546unclemartian uncle-martian-sneakers-03_o6o3qw (1)

Melihat kepada gaya penjanamaan yang secara tidak langsung bakal ‘membunuh’ jenama Under Armour, jenama yang berpengkalan di Maryland, Amerika Syarikat ini telah menfailkan saman kepada pihak yang terlibat. Kemungkinan besar Under Armour mula mengesan jenama ini selepas majlis pelancaran yang dibuat Uncle Martian ini.

under armour 2

Seperti yang anda boleh jangkakan, Uncle Martian disahkan bersalah dan terpaksa membayar saman sebanyak $300,000 (~RM1.29 juta). Dalam pada itu, usaha yang dilakukan Under Armour ini sekaligus untuk mengelakkan daripada lebih ramai pekerjanya dibuang setelah melepaskan hampir 280 pekerja sejak beberapa bulan terakhir.

 

Sumber