Bintang WWE The Undertaker telah mengumumkan pengunduran dirinya setelah mendakwa “tidak ada lagi yang mahu dicapai” di gelanggang.

Ahli gusti berusia 55 tahun itu membuat pengumuman dalam episod terakhir siri dokumentari ‘The Last Ride’. Undertaker telah beraksi di dalam gelanggang sejak dia membuat aksi sulung WWF pada tahun 1990. Dia telah memenangi setiap kejuaraan dan acara sambil mencatat kemenangan luar biasa di Wrestlemania.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tetapi bintang itu mendakwa bahawa, “Saya berada di satu titik, di mana sudah tiba masanya koboi ini benar-benar melarikan diri. Tidak ada yang tersisa untuk saya menakluk atau mencapainya,” katanya seperti dilaporkan oleh Mirror.

Dia menambah bahawa gelanggang ini sudah mula berubah setiap tahun dan dia mahu melihat seorang hero baharu yang muncul.

“Dokumentari ini telah membantu saya mengetahui hal itu dan membuka mata saya terhadap gambaran yang lebih besar dan tidak menilai diri saya sekeras ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Saya boleh melakukan lebih banyak kebaikan di luar gelanggang daripada yang saya dapat di dalamnya. Saya akhirnya berada di tempat di mana saya dapat menerimanya.”

Berita tentang persaraan Undertaker juga telah mendapat beberapa reaksi dari media sosial. Kebanyakan peminat mengucapkan terima kasih kepada Undertaker untuk kenangan sewaktu kecil.

https://twitter.com/AlwaysRangers/status/1274794301306949635?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1274794301306949635&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.dnaindia.com%2Fsports%2Freport-thanks-for-making-our-childhood-cool-wwe-announces-the-undertaker-s-retirement-fans-go-into-complete-meltdown-2829047

Undertaker atau nama sebenarnya Mark Calaway memasuki kerjaya gusti profesional pada tahun 1987, memulakan kerjayanya untuk WWE – kemudian WWF – sebagai The Undertaker di Survivor Series pada bulan November 1990.

Sepanjang 30 tahun kerjayanya di Stamford, Undertaker menjadi Juara WWE empat kali, World Heavyweight Champion tiga kali, World Tag Team Champion enam kali, Hardcore Champion satu kali, WCW Tag Team Champion satu kali (setelah WWE memperoleh hak untuk WCW) dan dia juga adalah pemenang Royal Rumble.

Terdahulu, Donald Trump telah menamakan bintang WWE, Vince McMahon sebagai penasihat ekonomi Amerika Syarikat. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Donald Trump Namakan Bintang WWE, Vince McMahon Sebagai Penasihat Ekonomi Amerika Syarikat

Lihat ‘YB Melaka’ Diparodikan Sebagai Penggusti WWE 2K19

‘The Rock’ Bakal Membuat Kemunculan Semula Di WWE Smackdown