Sebentar tadi baru sahaja berlangsung majlis undian bagi kejohanan AFC Cup 2018 di AFC House, Bukit Jalil.

Bagi zon ASEAN, 13 pasukan dari 8 negara telah layak beraksi dalam AFC Cup 2018 ( 2 pasukan dari Filipina akan ditentukan selepas semua perlawanan liga tamat).

2 pasukan dari Kemboja dan Laos akan beraksi dalam peringkat play-off untuk menentukan pasukan mana yang akan layak ke peringkat kumpulan AFC Cup 2018.

2017-12-06_14-06-08

Majlis undian ini telah dirasmikan oleh Datuk Windsor John, Setiausaha Agung AFC.

Senarai Pasukan ASEAN Yang Layak Ke Peringkat Kumpulan AFC Cup 2018

  1.  FLC Thanh Hoa (Vietnam)
  2.  Song Lam Nghe An (Vietnam)
  3.  Johor Darul Ta’zim (Malaysia)
  4.  Bali United (Indonesia)
  5.  Persija Jakarta (Indonesia)
  6.  Shan United (Myanmar)
  7.  Yangon United (Myanmar)
  8.  Tampines Rovers (Singapura)
  9.  Home United (Singapura)
  10.  Juara Liga PFL (Filipina)
  11.  Naib juara PFL Final Series (Filipina)

2 pasukan yang beraksi dalam perlawanan play-off, untuk melengkapkan 12 pasukan diperingkat kumpulan bagi ASEAN.

  1. Lao Toyota (Laos)
  2.  Boeung Ket Angkor (Kemboja)

Keputusan Undian Peringkat Kumpulan AFC Cup 2018

Inilah keputusan rasmi undian kejohanan AFC Cup 2018 yang telah dilangsungkan sebentar tadi.

Wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim diundi dalam kumpulan H bersama-sama Tampines Rovers/Geylang International FC, Persija Jakarta (Indonesia) dan Song Lam Nghe An (Vietnam).

Selangor FA akan menggantikan Johor Darul Ta’zim sekiranya layak ke peringkat kumpulan AFC Champions League 2018.

Kumpulan A,B dan C

2017-12-06_14-32-32

Kumpulan D,E dan I

2017-12-06_14-33-24

Kumpulan F,G dan H2017-12-06_14-32-48 

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤