Majlis undian kejohanan kelab paling berprestij di Asia, AFC Champions League 2018 telah berjaya dilangsungkan sebentar tadi bertempat di AFC House, Bukit Jalil.

12 pasukan telah mempunyai layak secara automatik ke peringkat kumpulan, 4 pasukan menanti di peringkat play-off, 6 pasukan di peringkat kelayakan 2, dan 4 pasukan di peringkat kelayakan 1.

Malaysia yang diwakili oleh Johor Darul Ta’zim selaku Juara Liga Super Malaysia 2017 akan bertemu Muangthong United dalam pusingan kelayakan 2 dan seterusnya pemenang akan bertemu Cerezo Osaka atau Kashiwa Reysol, bergantung kepada keputusan perlawanan akhir Emperor’s Cup pada 1 Januari 2018.

Senarai Pasukan yang Beraksi Dalam AFC Champions League

DQWALCEWsAANUVm

Pasukan Yang Layak Secara Automatik Ke Peringkat Kumpulan

  1.  Jeonbuk Hyundai (Korea Selatan)
  2.  Ulsan Hyundai (Korea Selatan)
  3.  Jeju United (Korea Selatan)
  4.  Kawasaki Frontale (Jepun)
  5.  Kashima Antlers (Jepun)
  6.  Cerezo Osaka / Juara Emperor’s Cup (Jepun)
  7.  Guangzhou Evergrande (China)
  8.  Shanghai Shenhua (China)
  9.  Sydney FC (Australia)
  10.  Melbourne Victory (Australia)
  11.  Buriram United (Thailand)
  12.  Kitchee (Hong Kong)
Pasukan Dalam Peringkat Play-Off

2017-12-06_16-46-16

  1.  Suwon Samsung Bluewings (Korea Selatan)
  2.  Cerezo Osaka / Kashiwa Reysol (Jepun)
  3.  Shanghai SIPG (China)
  4.  Tianjin Quanjian (China)
Pasukan Dalam Pusingan Kelayakan 2

2017-12-06_16-45-54

  1.  Brisbane Roar (Australia)
  2.  Chiangrai United (Thailand)
  3.  Muangthong United (Thailand)
  4.  Eastern (Hong Kong)
  5.  FLC Thanh Hoa (Vietnam)
  6.  Johor Darul Ta’zim (Malaysia)
Pasukan Dalam Pusingan Kelayakan 1

2017-12-06_16-47-18

  1.  Bali United (Indonesia)
  2.  Shan United (Myanmar)
  3.  Juara PFL 2017 (Filipina)
  4.  Tampines Rovers (Singapura)

Pasukan ‘Standby’ Ke AFC Cup 2018

Mana-mana pasukan yang diundi dalam peringkat kumpulan kejohanan AFC Cup 2018, dan layak beraksi dalam AFC Champions League 2018 akan digantikan dengan pasukan-pasukan berikut mengikut negara masing-masing.

  1. Hanoi (Vietnam)
  2. Selangor FA (Malaysia)
  3. Madura United (Indonesia)
  4. Yadanarbon (Myanmar)
  5. Tempat Ke 3 PFL Final Series (Filipina)
  6. Geylang United (Singapura)

Keputusan Penuh Undian Peringkat Kumpulan AFC Champions League 2018

Berikut adalah keputusan undian rasmi peringkat kumpulan kejohanan AFC Champions League 2018.

West Zone

2017-12-06_17-01-34

East Zone

2017-12-06_17-02-13

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤