Pilhan ‘undo send’ sememangnya sudah lama menjadi penyelamat jika terdapat kesalahan informasi, kesalahan ayat, kesalahan ejaan dan sebagainya. Namun kini ciri tersebut boleh digunakan di peranti Android bagi memudahkan lagi urusan pengguna.

Pilihan ini tersedia di sudut kanan bawah paparan email setelah email dihantar. Pengguna akan dibawa semula ke paparan asal untuk mengemaskini kandungan email. Diingatkan bahawa ciri ini hanya tersedia dalam Gmail 8.7 yang memerlukan pengguna untuk mengemaskini aplikasi tersebut di PlayStore terlebih dahulu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun terdapat sedikit perbezaan ciri ini berbanding di paparan desktop yang membenarkan pengguna mengawal jangka masa pembatalan penghantaran mesej dari 5 hingga 30 saat berbanding tempoh yang agak singkat untuk peranti Android.