Pelakon, Ungku Ismail sering berkongsi perkembangan mengenai keadaan Nad Zainal yang kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Ampang Puteri kerana dipercayai mengalami jangkitan kuman di paru-paru.

Terbaharu, Ungku Ismail atau nama sebenarnya Ungku Ismail Aziz mengakui sedang mengenal hati budi masing-masing.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut laporan, Ungku menyatakan bahawa dia rindu untuk meluangkan lebih banyak masa bersama teman wanitanya itu.

Dakwanya, sejak Nad Zainal sakit, hidupnya menjadi sunyi dan kurang ceria. Bukan itu sahaja, Ungku malah memuji keperibadian Nad yang juga baik hati dan bertimbang rasa sehingga menyebabkan dia jatuh cinta padanya.

Pelakon utama Cina Buta itu berkata, dia dan Nad suka mencuba makanan di semua restoran di Kuala Lumpur. Apabila dikhabarkan Nad sakit, dia berasa sunyi tidak ada yang menemaninya. Walau bagaimanapun, dia menganggap ini adalah ujian baginya dan Nad.

Dalam pada itu, dia memohon orang ramai mendoakan kesihatan Nad cepat sembuh berbanding perhubungan mereka kerana kesembuhan Nad lebih penting sekarang.

Bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan netizen, pelakon berusia 40 tahun itu menyatakan dia dan Nad mula rapat selepas Nad bercerai dengan bekas suaminya. Difahamkan, kedua mereka mula rapat di set penggambaran drama baru Cina Buta.

Selain itu, mereka bekerjasama dalam program travelog. Dia tidak menyangka Nad mahu melakukan penggambaran bersama-sama, walaupun memerlukan kos pelaburan untuk program ini.

Tanpa berselindung, kerjasama yang terjalin antara mereka membuatnya semakin rapat antara satu sama lain.

Mengulas keadaan Nad terkini, Ungku memaklumkan Nad sudah ada perubahan positif, namun pihak hospital memutuskan untuk menambah rawatan baru selain rawatan yang sedia ada untuk mempercepatkan proses penyembuhan.