Baru-baru ini aku lalu di depan Politeknik Ungku Omar di Jalan Raja Musa Mahadi, Ipoh, Perak. Aku berani ‘bet’, ramai yang pernah dengar nama dia namun tak ramai, terutama generasi muda, yang tahu siapakah insan ini.

Tahukah anda, beliau meninggal dunia waktu usianya baru mencecah 38 tahun. Namun jasa beliau TERLALU BESAR dalam dunia sains, perubatan dan pendidikan negara hingga pernah digelar GENIUS MELAYU ketika di zamannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ungku Omar atau nama penuhnya Datuk Dr. Ungku Omar Ahmad belajar di MCKK kemudiannya melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya, Singapura dan mendapat ijazah kedoktoran pada tahun 1957.

Beliau melanjutkan pelajarannya dan mendapat Diploma di bidang Pathologi di Royal College of Physician London dan di Royal College of Surgeon, England pada tahun 1962.

politeknik-ungku-omar

2 tahun kemudian beliau telah dianugerahkan Fellowship of Royal Pathology dan juga telah berjaya mendapat ijazah kedoktoran di bidang Clinical Chemistry dari Universiti London.

Ungku Omar juga adalah anak Melayu yang pertama menyandang jawatan Pengarah Pusat Penyelidikan Perubatan sejak tahun 1965.

Ketika keadaan kesihatan rakyat, terutama di luar bandar masih belum terbela beliau mengunjungi kampung-kampung untuk memberikan ceramah dan bimbingan kepada penduduk tentang kesihatan, terutama sakit malaria.

Beliau juga banyak kali mewakili Malaysia dalam persidangan perubatan antarabangsa dan memberi sumbangan dalam bentuk ceramah dan pidato umum di Australia, Indonesia, Amerika Syarikat, Filipina, China dan Singapura.

Beliau telah menghasilkan lebih daripada 40 kertas kerja dan prosiding tentang perubatan dan ditanggapi dengan baik oleh pengamal-pengamal perubatan di Asia Tenggara khuusnya, dan dunia amnya

Tesis Ph.Dnya bertajuk ‘Electrolytes in Isolated Human Leucocytes’ menjadi bahan rujukan utama buat mahasiswa jurusan perubatan.

Menurut maklumat yang aku baca dari Arkib Negara, selain dari bidang perubatan, beliau pernah menjadi ahli Lembaga Pengarah Yayasan Tunku Abdul Rahman, Dewan Bahasa dan Pustaka, anggota Jawatankuasa Penggubal Perlembagaan Universiti Kebangsaan dan Pengerusi Majlis Kolej Islam, Petaling Jaya.

Namun Allah lebih menyayanginya, dalam usia baru mencecah 38 tahun, beliau telah meninggal dunia kerana serangan jantung di rumahnya pada tahun 1969.

Dan bagi aku, lebih sayang lagi, generasi baru ramai yang tidak mengenali insan istimewa bernama Ungku Omar ini.

Sayang, sayang, sayang. Salah siapa?

Baca lagi: Inilah Billionair Melayu ‘Low Profile’ Yang Miliki 4 Jet Dan 40 Helikopter