Buat anda yang menyukai ais krim cornetto, anda kini boleh menikmati ais krim yang bertemakan unicorn di pasaran. UniCornetto, ais krim bertemakan unicorn boleh didapati di kedai serbaneka myNews.com terdekat anda.

Untuk pengetahuan anda, UniCornetto telah dilancarkan secara senyap dimana tidak ada promosi secara besar-besaran pada 10 Disember lalu. Menariknya ais krim ini kerana kon ais krim ini berbeza dari Cornetto biasa kerana ia mempunyai pembungkusan hologram dengan unicorn dicetak di atasnya.

Lebih mengujakan, ais krim tersebut berwarna pastel menampilkan merah jambu, biru dan ungu pada bahagian atas yang melambangkan ciri-ciri unicorn. Malah, dibahagian atas diletakkan gula-gula kapas dan marshmallow dihiasi dengan beberapa bola crispies berwarna-warni.

Jem strawberi menjadi highlight kerana terletak di tengah-tengah ais krim dimana akan memberikan anda kelainan dalam satu ais krim yang anda beli. Seperti ais krim Cornetto yang biasa, ia didatangkan dengan coklat susu di hujung kon.

Ais krim hanya dijual dengan harga RM3.20 yang pastinya mampu untuk dibeli ramai. Bagi anda yang suka merasai kelainan, ini masanya untuk anda rasa keunikan ais krim ini.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.