Setelah lama pengguna Telekom Malaysia menanti, akhirnya pakej Unifi Pro 100Mbps sudah mula dibuka untuk pendaftaran pada harga RM129 sebulan.

Berdasarkan pelan penawaran terbaru ini, pihak TM tidak menawarkan sebarang had kuota serta kelajuan muat turun sehingga 100Mbps manakala kelajuan muat naik pada mampu mencapai 50Mbps.

tm-point_desktop-222Jun2015174309-1

Pakej terbaru ini tidak menawarkan pengguna Set Top-Box bagi Unifi TV sebaliknya menawarkan Unifi PlayTV. Panggilan selama 600 minit secara percuma ke sebarang talian masih lagi ditawarkan.

Untuk pengetahuan anda, penawaran terbaru ini bakal menggantikan pakej 10Mbps yang sebleum ini ditawarkan pada harga yang sama. Buat para pelanggan lama, mereka bakal menerima kemaskini Unifi Turbo yang ditawarkan secara berperingkat.

Buat anda yang mahukan internet berkelajuan 100 Mbps tanpa had kouta, mungkin ini pakej yang berbaloi untuk anda daftarkan pada harga RM129. Pihak TM juga turut menawarkan pakej Unifi basic pada kadar RM79 khas buat mereka yang tidak menggunakan internet dengan banyak.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group